Tuesday, February 24, 2009

MASA: Nikmat Yang Seringkali Dipersia

Jamiah Al-Hassan At-Thani Ain Chock, Casablanca


Tirai semester 4 telah pun bermula. Pada mulanya agak payah untuk datangkan "study mode"
mungkin disebabkan cuti yang panjang selepas semester 3 lalu. Ditambah lagi kesihatan yang agak terjejas usai ber"usrah" di tepi pantai Mohemmadia Ahad lepas. Namun semua itu bukan alasan untuk kembali bersemangat ke kuliah seperti biasa.(tapi kalau boleh nak sentiasa luar biasa-extraordinary). Persediaan mental dan fizikal lantas dititik beratkan apatah lagi perjuangan di sini berada di pertengahan. Mesti "all out"...

Begitu pantas masa berlalu. Bagai baru berkerdip mata ini di saat melangkah ke medan juang di Maghribi ini. Di tahap manakah penguasaan ilmu di kuliah mahupun di luar kuliah? Mampukah menjadi seorang daie yang fasih berbahasa arab dan berhujah dengan dalil-dalil. Terfikir lantas terpana dengan soalan-soalan yang menerjah diri sendiri. Kalau dahulu di sekolah saya belajar "pantas" itu seperti kilat tapi boleh tak kalau saya katakan MASA itu lebih pantas dari kilat. Terasa bagai di awangan dan kerugian yang besar jikalau kita tidak mampu menguruskan masa dengan sebaiknya.

Malah Allah telah bersumpah dengan MASA , telah berfirman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian, kecuali orang - orang yang beriman dan beramal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran". ( Al-Asr:ayat 1-3 )

Demikianlah pesanan Allah s.w.t di dalam kitab-Nya kepada manusia supaya mereka
menguruskan masa dengan baik. Bahkan Allah s.w.t turut memberikan isyarat bahawa
selamanya manusia akan berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang menetapi ciri-ciri
berikut, iaitu:

- Beriman
- Beramal salih
- nasihat-menasihati dengan kebenaran
- nasihat- menasihati dengan kesabaran


Semalam yang penuh dengan kekesalan, hari ini yang disia-siakan, dan esok bakal dilalui tanpa perancangan. Alangkah ruginya duhai INSAN..

Soal dasar yang harus diutamakan dalam aspek pengurusan masa, baik dalam apa bidang
sekalipun ialah "berteraskan keimanan". Lantaran keimanan akan mendorong seseorang
bekerja dan beribadah dengan penuh kepatuhan kepada Allah s.w.t. Bahkan dengan
berbekalkan keimanan, selayaknya setiap kerja yang dilakukan tidak akan menjadi sia-sia.


Telah berkata Abdullah bin Mas'ud: " Belum pernah daku menyesal, melainkan penyesalan
daku di setiap hari apabila benam matahari. Semakin singkat umurku ini, sedangkan amalan
daku takut-takut tidak bertambah".


Kita melihat bagaimanakah seharusnya seseorang insan muslim patut 'mengolah' dan
membahagikan masa 'seelok mungkin', supaya mana-mana satu tugas yang menjadi
amanahnya tidak terjejas. Atau bagaimanakah sebagai insan Muslim kita boleh jadi lebih
'efficient'. Apakah pula aspek-aspek pengurusan masa yang perlu diutamakan?

Sudah pasti memerlukan kecekapan.Jadi antara perkara yang patut diutamakan ialah:

- Perancangan
- Perlaksanaan
- Penghasilan

Alangkah ruginya masa dan umur muda yang disia-siakan. Justeru itu, insan muslim harus
menggunakan setiap kesempatan masanya dengan betul dan bijaksana. Islam sangat
mengalakkan, malah menyuruh supaya kita mengisi "ruang waktu" yang ada
sepenuhnya. Ibadah yang boleh dilakukan hari ini jangan ditangguh-tangguhkan pula
pada esok hari.

Begitu pun , tidak semestinya setiap apa yang dirancang dan direncanakan oleh seseorang insan muslim itu dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebagai manusia, ada banyak perkara yang boleh melalaikan kita dari kerja-kerja seharian dan daripada mengingati Allah. Namun kita seharusnya sentiasa BERUSAHA sebaik mungkin dan sentiasa berdoa. Doakan senjata kita?


Berjuanglah selagi keupayaan kudrat masih milikmu dan beristiqamah dalam setiap amalan..

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya:

"Dua nikmat di antara nikmat-nikmat yang kebanyakan manusia kabur melihatnya, (iaitu nikmat) masa sihat dan masa lapang."

Oleh itu saya menasihati diri saya dan sahabat-sahabat semua agar sentiasa bersyukur dengan nikmat MASA yang telah Allah kurniakan. Apabila kita dikhabarkan tentang maut pasti semuanya akan takut. Hakikat yang perlu kita terima maut itu tidak ditetapkan waktunya. Adakah kita bersedia untuk menghadapi kematian? "Tepuk dada tanyalah iman"

Perjalanan di hadapan yang tidak mampu dijangka dengan berbekalkan fitrah insani yang sentiasa turun naik imannya.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya(untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talaaq, Ayat: 126).


Berdoalah dan bertawakkallah kepada Allah..

Waallahu a3lam..

Pendamba RedhaNya~


~ Saya Rajin!! Bersemangat untuk teruskan perjuangan..
buat Abang ku Amar Akmal, sahabat ku Nurul Marlina dan adik Muhammad Nur Amin SELAMAT HARI LAHIR... masa yang berlalu moga mampu mematangkan diri kalian mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran..

~ Rasa seperti nak demam. Mesti kuat :)

Thursday, February 19, 2009

ILMU : Hak dan Kepentingannya


Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa. Ini kerana ilmu akan mengangkat darjat seseorang atau sesuatu bangsa itu ke arah kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Kepentingan ilmu ini telah diakui sendiri oleh Rasulullah s.a.w melalui wahyu dan ilham yang disampaikan kepada baginda yang mana ilmu sangat penting untuk kemajuan sesuatu bangsa.

Ia juga terbukti dari ajaran Islam yang telah mengangkat begitu tinggi darjat ilmu. Dengan ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi. Pelbagai jenis ilmu yang dituntut seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya yang dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.

Orang yang berilmu dapat mendekatkan dirinya dengan Allah kerana ilmu merupakan jalan menuju kebahagian di akhirat. Di antara kepentingan-kepentingan ilmu dapat dijelaskan di sini ialah :

1. Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya.

Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu" (al-Fathir:ayat 28)

2. Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dikalangan manusia.

Firman Allah yang bermaksud : " Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" (al-Zumar : ayat 9)

3. Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.

Firman Allah yang bermaksud : "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah : 11 )

4. Dengan ilmu manusia dapat menjalankan tugas ibadah ( sama ada ibadah umum atau ibadah khusus) dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Peranan Ilmu dalam Merealisasikan Tugas Khalifah

Ilmu merupakan suatu alat yang penting untuk menjalankan tugas sebagai khalifah. Ilmu yang dititikberakan di dalam Islam aitu Ilmu Fardhu Ain kerana ilmu tersebut menusia dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna. Di samping itu setiap manusia perlu mempelajari ilmu Fardhu Kifayah yang berhubung dengan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kedua-dua ilmu ini penting demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Ilmu berperanan merealisasikan tugas manusia sebagai khalifah kerana dengan ilmu manusia dapat melaksankan tanggunjawab-tanggungjawab seperti berikut :

a) Tanggungjawab terhadap Allah iaitu dengan beribadah kepadaNya.

b) Tanggungjawab terhadap diri iaitu dengan memeliharan hak-hak Diri, Agama, Maruah, akal dan harta.

c) Tanggungjawab terhadap Keluarga, Masyarakat dan Negara.

d) Tanggungjawab terhadap Alam iaitu amanah kekhalifahan untuk memakmurkan bumi serta lingkungan hidup ini. Alam yang dimaksudkan adalah segala kejadian yang ada di muka bumi ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batu, sungai, langit dan sebagainya.

Ilmu merupakan hak dan milik Allah s.w.t yang dikurniakan sebahagian sahaja dari ilmuNya kepada manusia bagi membolehkannya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah s.w.t di muka bumi. Ilmu yang sebenar ialah ilmu yang dapat membawa manusia untuk mengenali KhaliqNya.

InsyaAllah kita mampu menuju ke arah itu....


Suasana Ekspo Buku Antarabangsa Casablanca, Morocco 2009

Alhamdulillah...Kelmarin berkesempatan berkunjung ke Ekspo Buku Antarabangsa Casablanca 2009. Berkesempatan mengenali kitab-kitab daripada pengarang yang hebat. Walaupun masih tidak ramai yang diketahui namun proses pembelajaran itu bermula daripada "tidak tahu" kepada "tahu". Apapun perlukan usaha untuk sentiasa dekat dengan kitab-kitab dan menjadikan kitab-kitab sebagai sahabat yang paling akrab.


V2c bersama Khadijah~ sahabat baik kami di dalam sebuah kedai buku



Terserempak dengan rombongan kanak-kanak~ teringat zaman kanak-kanak dulu

Saya lebih fokus membeli kitab-kitab yang akan menjadi rujukan saya untuk semester ini. Semester ini lebih fokus kepada sejarah. Sirah Nabawiyah oleh Ibnu Hisham, Fiqh Sirah oleh Doktor Muhamad Said Ramadhan AlButhi, Tarikh Islam oleh Muhamad As-s-Solbi, Tarikh Adyan. Saya juga tertarik dengan sebuah kitab fiqh syafie, Al Wajiz fi fiqh al Imam As-Syafie oleh Muhammad bin Muhammad Abi Hamid Al-Ghazali.
Saya juga tidak melepaskan peluang membeli sebuah novel bahasa Arab. Percubaan pertama membaca novel bahasa Arab tajuknya "Al-3aidah" dan juga sebuah novel English yang menarik minat saya bertajuk Nedjma The Almond mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang berasal dari perkampungan berber di afrika utara.

Tidak terasa detik-detik yang berlalu ketika berada di sana. Sedikit keletihan kerana terpaksa juga bersesak-sesak dengan rombongan kanak-kanak. (teringat zaman kanak-kanak dulu). Masih banyak kedai buku yang masih tidak sempat dikunjungi walaupun sudah kali kedua kunjungan ku ke sana. Mungkin juga kekurangan stamina menjadikan saya cepat letih. (Lepas ni kene la jogging setiap hari ni..). Saya dan sahabat-sahabat keluar dari Ekspo Buku Antarabangsa Casablanca dalam jam 5 petang. Di dalam fikiran saya pada masa itu " Alangkah bahagianya kalau rumah saya di depan masjid Hassan Thani ni.."

Kepada sesiapa yang masih belum ke sana cepat-cepatlah ya. Takut kehabisan stok. Seperti promoter pula. Jangan lupa bawa air mineral yang menjadi penyejuk di saat kehausan sebab di sana air mineral harganya agak mahal.

Dan saya mengigatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat lain supaya tidak hanya pandai membeli tetapi jua mesti pandai untuk membaca. Sentiasa menjadikan kitab-kitab sebahagian dari hidup kita.

Teringat kata-kata daripada seorang penceramah ketika Spring Intelectual Village (SIV 2008). "Jika kita mahu ILMU itu milik kita maka letakkan ia di dalam dada, jika tercampak di tengah lautan sekalipun kita mampu untuk berbicara tentangnya dan mengingatnya dengan tepat tanpa perlu merujuk buku".


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ (رواه مسلم)

Sabda Rasulullah saw: Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,

Nescaya Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga....... (Hadis Riwayat Muslim)




Wallahu a3lam..

Pendamba RedhaNya~~



Wednesday, February 11, 2009

Palestin Di hati Kami



Firman Allah swt bermaksud,
"Allah menetapkan, 'Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa" (Al-Mujadalah: 21).

"Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi" (Ghafir:51).

Sabda Rasulullah saw bermaksud, "Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian'. Sahabat bertanya, "Dimanakah mereka". Rasulullah saw menjawab, 'Mereka di Jerusalem dan disekeliling Jerusalem (Palestin)'.

Kebiadapan Imperialis Israel di bumi Palestin telah mendapat berbagai respons dari kalangan umat Islam, termasuk ulama-ulama Islam. Tokoh-tokoh Islam, seperti Syaikh Dr. Muhammad Sayyid Thanthawi, Syaikhul Azhar, yang selama ini terkesan lentur dalam setiap pernyataannya, kini lebih tegas lagi akan kemestian memerangi musuh-musuh Islam, "Apabila kamu tidak mampu memerangi mereka (musuh-musuh Islam, Israel dan Amerika Serikat) dengan senjata, maka minimal lawanlah dengan memboikot barang-barang dan produk-produk mereka."


Tokoh-tokoh Islam dunia yang mendukung kemestian pemboikotan barang-barang dan produk-produk Israel dan Amerika, bahkan mengeluarkan fatwa sebagai respon tindakan jahat dan zalim yang mereka lakukan di bumi Palestin. Mereka adalah Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Satar Fathullah Said (Doktor di jabatan Syariah Universitas Al Azhar), Dr. Naser Farid Wasil (mantan Mufti Mesir), Dr. Muhammad Imarah (Pemikir Muslim Dunia), Dr. Abdul Hamid Ghazali (pakar ekonomi dan politik Islam) dan lain-lain.


Wajib Memboikot Barang-barang dan Produk-produk Amerika dan Israel

Segala puji bagi Allah yang telah mewajibkan hamba-hamba-Nya memerangi orang-orang kafir dengan jiwa dan hartanya. Allah telah memberikan khabar gembira kepada mereka kemenangan dan kemuliaan, Allah berfirman,
Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman. (Qs. At Taubah, 9: 14).

Wahai kaum muslimin, apa yang menimpa umat kita belakangan ini adalah konspirasi negara zalim Amerika dengan rezim Imperialis Yahudi-Israel telah merampas tanah suci kita, membunuh anak-anak di bumi Palestin, mengepung rakyatnya dan mengisytiharkan perang kepada mereka di semua media secara besar-besaran. Oleh kerana itu, wajib bagi umat Islam berperanan dengan menggunakan berbagai cara sekalipun yang mungkin, terutama tindakan pemboikotan terhadap barang-barang dan produk-produk Amerika dan Israel. Hal demikian itu didasarkan pada:

Pertama, firman Allah SWT.,
Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Qs. Al Mumtahanah, 60: 9)

Kedua, persetujuan Rasulullah SAW. pada Tsumamah ketika dia berkata kepada orang-orang Quraisy,
"Demi Allah, tidak akan sampai kepada kalian sebiji gandum pun sehingga Rasulullah SAW. mengizinkannya"

Ketiga, Allah SWT. berfirman,
"Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri. (Qs. Asy Syura, 42: 39).

Kita semua tahu bahwa Amerika telah banyak berbuat kezaliman dan mengeksploitasi negeri-negeri Islam dan kaum muslimin, teriakan dan tangisan anak-anak, rintihan orang-orang sakit, ratapan para wanita dan ribuan mayat yang tewas tidak bisa mengetuk nuraninya.

Keempat, persetujuan para ulama' yang mengharamkan pemberian manfaat buat orang-orang kafir harbi (yang memerangi umat Islam).

Marilah bersama renung renungkan, apakah yang terdaya untuk lakukan untuk mereka? Setulus doa dan bermunajat untuk keselamatan mereka dan kesucian bumi palestin..

Teruskan usaha kita untuk "BOIKOT!!"
Wallahu a3lam..