Saturday, January 15, 2011

FarahImani dan Bumi Malaysia

Assalamu3alaikum WBT ..


Entri pertama yang ditulis di bumi Malaysia.

Fuhhhhhh..banyaknya sekali habuk dan sawang-sawang menyelaputi ruang sempit ini.. :)

Apa khabar semua?? Alhamdulillah masih punya ruang dan peluang untuk bersua lagi.


Saya mahu kembali menulis. ( Ini azam saya..)

Anda merindui kemunculan entri farahimani??

Kepada pembaca farahimani yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya penulis blog ini. Oh kesal sekali hati membiarkan farahimani sepi. "Tidak perlu alasan untuk mengelakkan diri daripada menghilang."-Itu kata hati.


Tapi...


Sekadar cerita untuk dikongsi-kongsi dengan insan-insan yang perlukan jawapan untuk persoalan kemana penulis menghilang.


SEPTEMBER 2010- Kembali ke tanah air. Sudah sampai ke kampung tercinta. Felda Lui Selatan 2 yang indah lagi permai tapi kini sangat terasa panas dek kerana ladang-ladang getah yang dulunya terbentang menghijau sudah direbahkan ke bumi dan diangkut oleh jentera-jentera besar. (Proses penanaman semula). Hampir sebulan membiasakan diri dengan cuaca, masa dan selera. Ridur di siang hari dan berjaga di waktu malam. Menjadikan kesihatan menjadi agak terjejas dan terganggu tapi alhamdulillah tidak serius.



OKTOBER 2010- Menjadi surirumah sepenuh masa. Mengambil alih tugas emak. Emak kurang sihat. (ku mohon doa kalian untuk bonda ku). Sebenarnya bukan mudah untuk menguruskan urusan-urusan rumah. Baru tersedar betapa susahnya emak-emak kita menjaga kita kan. Dari sekecil-kecil perkara untuk diuruskan sampai sebesar-besar perkara untuk difikirkan. Hebatnya emak-emak kita kan. Dalam masa yang sama curi-curi masa juga saya belajar memandu.



NOVEMBER 2010- Capaian internet yang terbatas membuatkan diri ini tidak bersemangat meneruskan minat ber 'blogging'. Kadang-kadang sempat juga meminjam broadband maxis abang untuk melihat-lihat perkembangan kawan-kawan di facebook dan dapat jugalah membaca emel. Sempat juga online di web yahoo. Kadang-kadang line ok. Kadang-kadang asyik disconnection je. Menjadikan mood menulis hilang. Sepanjang cuti-cuti sekolah masa juga dihabiskan untuk meluangkan masa balik kampung di Hulu Selangor. Dapat juga menajam-najam kan juga bahasa jawa yang sudah lama tumpul.



Disember 2010- Latihan memandu di institut Arah Kencana Rompin. Alhamdulillah sudah ada lesen P untuk motorsikal. Hanya Allah je yang tahu betapa risaunya nak ujian JPJ untuk motorsikal. Menanti-nanti masa yang sesuai untuk ujian JPJ untuk kereta pula sebab masa sekarang sudah penuh dengan tanggungjawab sebagai sukarelawan dakwah di Pejabat Agama Islam Daerah Jempol (PAID JEMPOL). InshaAllah jika ada kesempatan lain ingin sekali dikongsikan pengalaman yang sedikit ini untuk semua.



Januari 2011: Alhamdulillah 15hb ini, kira genap sebulan bertugas sebagai sukarelawan dakwah di PAID Jempol. Bila mula menyewa rumah dekat dengan tempat kerja terpaksa tinggalkan tugas surirumah. Emak sedih sebab sunyi rumah tanpa celoteh puteri kesayangan dia. Demi masa depan, terpaksa direlakan. Berat hati mahu tinggalkan emak di rumah. Selama berada di rumah, memang selalu temankan emak ke klinik dan hospital. Beberapa kali ke Seremban untuk berjumpa doktor pakar. Hasilnya masih begitu. Kasihan mak. Saya yakinkan mak yang kita jangan berhenti berusaha untuk mencari jalan untuk sembuh , kerana kita yakin yang memberi itu KESEMBUHAN hanyalah Allah. Semoga kita sentiasa redha dengan ujian Allah dan jangan berputus asa dengan RAHMATNYA.



Terasa sudah panjang untuk entri kali ini. Mungkin sudah cukup sekadar coretan mengubat rindu menulis. Walaupun sudah ada yang buang farahimani dalam blog list mereka. Saya terpaksa redha. Kesilapan saya membiarkan farahimani sepi. Semoga Allah berikan saya kekuatan untuk menulis untuk menyampaikan sesuatu yang mampu memberi manfaat buat semua.



Waallahu Ta3la A3lam.

Semoga Islam terus tegak berdiri di muka bumi ini.

6 comments:

ekramhakim~ said...

Satu profession yg menarik. Selamat bertugas. Segalanya memerlukan pengorbanan, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya~Semoga dipermudahkan segala urusan Fawaha:)

sumayyah said...

keep writing dear,reading your story make me feel close with you.ALLAH ma3ak~~

cm91 said...

salam,,caya la kak farah, moga terus tabah. dokan kami kat sini supaya terus tabah n boleh balik secepat yg boleh...hhh,...

Sha-na.Szied said...

akak farah, semoga Akak sentiasa berdakwah.. sama ada di jalan penulisan @ realiti..sy doakan..

akk doakan sy dan kawan-kawan di sni.
makin hari makin berat tugas eceyh :P

hurm.. maklomlah jd senior kan..
semuanya kita .. =_=

kak.. blog makin semart dan kemas .tahniah !

Farah Imani said...

EkramHakim: Shukran Ust VOP. Memang sangat menarik. Ada masa saya sharing2 kan pengalaman. Semoga Allah memberkatinya. Selamat maju jaya di sana.

Najwa: Allahumma Ameen:) Really miss you.

Adik Aini: Shukran my dear adik.. Doakan saya kat sini. Dan saya doakan adik2 saya berjaya dengan cemerlang dan cepat balik..hehe

Adik Naei: Shukran naei:) doakan saya banyak2 k...Semoga awak tabah jadi senior yang baik utk junior2..hehe

thanks atas pujian tu..jangan lupa selalu baca blog saya...

rindu2222 sgt kat korang semua..

eeziaf11 said...

khidmat untuk rakyat..membanggakan :D