Tuesday, January 25, 2011

Ulama Tidak Lagi Diperlukan??

Emmm..

Terkejut dengan tajuk ni??

Tapi inilah hakikatnya pada zaman ini.

Dari Sahal Bin Saad As-Saidi RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ya Allah jangan kau temukan aku dengan suatu zaman di mana para ulama tidak diikut lagi dan orang yang penyantun sudah tidak lagi disegani lagi. Hati mereka seperti orang 'Ajam (pada fasiqnya) lidah mereka seperti lidah orang Arab pada fasihnya.

-HR Ahmad-


Masyarakat sudah jauh dari para ulama, mereka takut nak mendekati orang-orang alim dan berilmu. Orang tidak lagi segan melakukan maksiat walaupun berada di hadapan orang berilmu dan orang yang tinggi akhlaknya. Golongan ini juga pandai bercakap dan memutarbelitkan kenyataan.Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain padahal mereka adalah seperti harimau yang bersedia untuk menerkam dan mencari mangsanya.



Para Ulama tidak dihormat,
Nasib mereka tidak diangkat,
Siapa lagi pedoman umat,
kalau mereka tidak diminat.
Bila ulama sudah tiada,
Barulah kita rasa kecewa,
mayat terbaring dalam keranda,
tiada orang membaca doa.

Hari ini, 25hb Januari 2011, tajuk muka depan suratkhabar tentang putus cinta artis popular. Saya hanya mampu menggelengkan kepala. Apa kepentingannya sampai boleh dijadikan tajuk besar akhbar? Astaghfirullah..

Artis lebih disanjungi daripada ulama.

Dunia semakin mengagung-agungkan artis dari ulama.
Dunia semakin dibanjiri orang-orang yang mahu disanjung kerana menjadi artis pujaan.
Dunia semakin panas dengan maksiat dan kezaliman..
Dunia semakin..semakin...dan semakin...
Semakin tua dan menuju ke penghujungnya...

Allahu Allah..
Tunjukkan kami jalan menuju keredhaan dan Jannah Mu..




Waallahu a3lam bissowab..

Shukran Ust Safarul tumpangkan saya untuk mengupdatekan farahimani.
jazakaAllahu khairan jazak..

2 comments:

Anonymous said...

Tanda sedikit demi sedikit ilmu terhapus.

عن عبد الله بن عمرو بن العاص يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إن الله لا يقبض العلم انتزاعاً ينتزعه من الناس، ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يترك عالماً اتخذ الناس رءوسا جهالاً فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا.....ه

Adakah ianya berlaku juga di tempat anda?


Regards:
kaza_blanka89

Farah Imani said...

Kaza_blanka89: Ahlan ya sheikh..Shukran atas perkongsian ilmu:)..

Ya berlaku di tempat saya. Di tempat ust juga..

Jemput utk kongsi ilmu di laman farahimani lagi:)