Friday, November 25, 2011

Kerana FAHAM



Susahkah untuk memahami dan memahamkan?



Fahamilah dengan HATI..

kerana kefahaman dengan akal itu kadang-kadang bersifat sementara..

dan kurang memberi kesan terhadap jiwa dan raga..



Terlalu banyak kelemahan dalam diri kerana terlalu banyak perkara yang pernah diingat tetapi telah hilang dan kadang-kadang sukar untuk diluahkan..



Teknik menghafal itu sebenarnya tidak akan kekal jika tidak difahami..

Banyak ilmu yang hilang..


lupa...


sirna....


Terasa Ya Allah..ruginya diri..

Hilangkah keberkatan yang selama ini didamba-dambakan?



Ya Allah, Tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmat, ajarkan kami, ya Allah Tuhan yang mengajar nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada kami.


“Maka Kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya”( Al-Anbiya’ ayat 79).



Wahai Tuhan nabi Sulaiman, juga wahai Tuhan nabi Ibrahim, wahai Tuhan nabi Musa dan nabi Isa, wahai Tuhan nabi Muhammad S.A.W., selamatkanlah kami daripada kegelapan kejahilan dan lupa, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, tambahkan ilmu kepada kami, dan anugerahkan kepada kami kefahaman dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami cahaya dengan cahaya ilmu-Mu, dan jauhkan kami daripada lupa dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segalagalanya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam.



Gunakanlah hati sebaiknya...


1 comment:

izzah said...

semoga sahaja Allah memberkati hidup kita..
:)