Wednesday, November 6, 2013

Hati-hati Duhai Hati

Bagaimana harus dilerai rasa-rasa yang berbisa?

Bukankah masa itu amat berharga, jangan disia baki usia

jangan digadai iman dan taqwa

nilai ikhlas bukan di mata manusia...

Bukan mudah menyelami sekeping hati yang sungguh dalam bagai tiada dasar
Mengapa kerasnya hati memahami kitaran kehidupan
Mengapa terlalu sukar difahami hati ini
Tanggungjawab itu yang terhampar luas
namun kau bagai terdampar di pulau sesat

Hati, kau terlalu keras
Hati, kau terlalu degil memahami takdir 
Hidup yang dilalui bukanlah semua seperti yang ditadbir 
Biar saja segala yang telah berlalu....
Jika REDHA menyelimuti hatimu
Pasti tenang itu milikmu
Hati kembalilah kepada Tuhanmu  dalam keadaan yang diredhai
Semoga tenang merentas dunia penuh tak terduga

89:27-30



Tuesday, September 24, 2013

Sabah Di Bawah Bayu

Episod penghijrahan ini bermula,


Perjuangan di sini bukan ilusi dan fantasi si buta tuli,


Tetapi ini realiti yang harus diteliti dengan mata hati,


Jiwa harus kuat, tekad harus bulat,

BERMULA CINTA DAN CITA DI BUMI BAWAH BAYU


Pandangan sekolah dari kuaters guru


 Selamat Datang Cikgu!

Persekitaran kawasan sekolah tercinta

Semoga lebih kuat dan tabah melangkah dengan jiwa yang besar!

25:52

Monday, May 6, 2013

Sayang oh Sayang


Sejak ku berumur 16 tahun @ tingkatan 4..
Setia menemaniku..
Menghilang lebih kurang sebulan..
Risau dan bimbang!

Alhamdulillah.


Terima Kasih kerana kembali ke sisi..=)

Wednesday, April 24, 2013

Cerita-Cerita V2C


Assalamualaikum wbt,


"Agak-agak dalam antara kita ni siapa yang akan nikah dulu?

"Atiqah.!"

Entah-entah Trexx.. ada yang menyambung.. nakal

Itu antara dialog santai di V2C tahun 3 dan 4 tahun yang lepas.

Semenjak pulang ke Malaysia tahun 2010, semua membawa haluan masing-masing..

Alhamdulillah sempat juga berjumpa sekali sekal di majlis pernikahan kawan-kawan.

Dan Alhamdulillah dikurniakan ruang bersama-sama untuk reunion kali pertama sejak kami tamat belajar.. Reunion V2C 2013...


Ketika Salmee belum bergelar PUAN.. ;)

Barakallahu lakuma wa baraka a'laikuma

 Ikhlas dari hati untuk Puan Salmee dan suami..





Maka, Salmee adalah orang pertama yang menamatkan zaman bujang..hee
Tuntasnya..segala andaian dan anggapan kami silap..
Next?
ATIQAH.
InsyaAllah..

Salmee, selamat bercinta sampai SYURGA =)

Ikhlas daripada kami: V2C

Monday, April 22, 2013

Kembali

Bismillahirahmanirrahim,

Semoga Allah memberikan keberkatan dalam setiap perbuatan kita,

Entri julung 2013..alhamdulillah ;) happy!

Persoalan untuk si penulis dan yang membaca.

Untuk apakah kamu dihidupkan dan akan dimatikan?

Ambillah masa untuk bermuhasabah..

Segala yang disusun oleh Allah adalah yang terbaik dan segala yang berlaku itu adalah dengan izinNya

Tiada mengenal erti putus asa..

Untuk masa depan yang masih tidak pasti, berilah peluang kepada diri untuk berusaha sebaik mungkin dan
percaya pada setiap diri itu ada kelebihan yang berguna untuk umat dan ISLAM..

Untuk PRU 13, hati dan jiwa yang mahukan ISLAM tertegak di bumi Allah.. saya punya cara saya sendiri..
tiada sebarang perbalahan dan pertelingkahan yang merugikan ISLAM sendiri...

Wallahu ta'la a'lam...

Allah berikan kami kekuatan menongkah arus masa yang terlalu mencengkam jiwa dan raga...


FARAHIMANI 2013