Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

No! I'm Happy






Bismillahirrahmanirrahim



Sememangnya diri tidak pernah lari daripada sifat sedih!

Ya..sekental-kental hati manusia pun, pasti akan tersentuh jua kan?

Biarpun ini bukan cubaan pertama..

Ini bukan juga cabaran yang terakhir..

Kerana aku tekad untuk terus di jalan ini..



Kesedihan ini..

Bukan kerana pemikiran dan pandangan yang berbeza..

Tapi mungkin kerana hati itu yang belum bersedia untuk berhijrah..

Mungkin hati itu yang berat meninggalkan kemanisan duniawi..

Manusia itu tidak sempurna..

Ya itu pasti..

Kita tidak mampu menjadi hebat?

Mengapa tidak?

Kita belum pun mencuba..

Tiada kata sehebat kata Ilahi, Tiada kata yang lebih hebat untuk mengisahkan peristiwa ini melainkan apa yang Allah sudah pun ceritakan di dalam Al-Quran betapa sukarnya menyampaikan kebenaran..


Yakin dalam apa jua cabarannya, bukanlah daya dalam memberikan cahaya tanpa izin Nya ..


Alif, Laam, Raa`. Ini ialah kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - kejalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji. Surah Ibrahim:1



Alhamdulillah hati dihiburkan oleh pesanan seorang ukhty yang sangat dikagumi dan disayangi..

Sesungguhnya Allah mengikat hati kami kerana perjuangan ini...


Aku dihiburkan aku dengan kata-kata Allah..

MasyaAllah...tenang jiwa membacanya..


Untuk perkongsian bersama..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Wassalam..

Hi Farah :). Masih bersedih? Akak tak pandai berkata-kata. Akak forwardkan ayat Allah. Pasti lebih mujarab untuk tenangkan Farah.

Al Kahfi (18), Ayat 6

Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran).

Fushilat(41), Ayat 30

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu."

An Nahl(16) Ayat 127

Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.

Al Imran (3) Ayat139

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Sedih sekejap je k.


NO!

I'm not sad anymore

Thanks a lot my dear sister fillah! =)


Wednesday, November 23, 2011

Perjuangan Cita Dan Agama


Perjuangan ini masih panjang.....


Wahai MUBALIGH ISLAM!

Tanganmu telah ikut menulis sejarah. Sejarah perjuangan Umat, sejarah menegakkan Cita dan Agama.

Benang yang engkau sumbangkan telah memperindah sulaman tarik dari Umat ini.

Engkau kini telah menemui bentukmu, sesuai dengan bakat dan kudratmu.

Engkau tidak lagi anak kelmarin, tetapi anak kini dan akan pulang lagi meninggalkan bengkalai ini

Sebagai seorang Jurubicara Umat Islam, engkau telah mempunyai ukuran dan alat penilai sampai di mana kita dan hendak ke mana lagi.

Pengalaman yang engkau perolehi dan perjalanan yang jauh, akan berguna dan bermakna dalam mencari kemungkinan bagi langsungnya
perjuangan Cita ke depan.


Keyakinan yang engkau miliki, jalan panjang yang engkau tempuh selarut selama ini, getir yang engkau derita, segala itu dapat engkau pakai untuk merumuskan bagaimana lagi perjuangan Umat Islam ke depan.

Setelah ini...

Paparkanlah semua itu kepada generasi muda yang akan mengganti engkau!



Ambillah kesimpulan dan kekeliruan dan kegagalan masa lampau.
Belajar dari masa lalu, terutama belajar dari kekeliruan dan kegagalan yang engkau alami sendiri, dan teman seiringmu juga.

Bukankah kerap engkau benar dalam pendirian tapi salah dalam perhitungan?

Benar dalam prinsip tapi keliru dalam cara?

Kejujuran dalam perjuangan memesankan, agar kita mengakui terus terang kekeliruan dan kelemahan diri.

Yang demikian itu penting untuk menyusun paduan masa datang, mengendalikan kehidupan Cita dan Agama.

Dalam kekeliruan, kita dapat mengambil makna dan guna.

Kita keliru kerana kita telah berbuat.

Ruh-intiqadi yang engkau miliki, janganlah pula engkau pakai untuk melenyapkan segala harga dan nilai, dan angkatan lama yang telah berbuat itu.

Mereka adalah anak dan zamannya,dan telah memenuhi tugasnya pula.
Cahaya dan pelita lilin yang lemah serta lembut itu perlu juga dihargai, kerana ia teiah berjasa memecahkan sudut-sudut yang gelap.



bersambung....



Pesanan Terakhir Hassan Al Banna

Monday, November 21, 2011

Kerana KEBENARAN...




Berani dan berusaha mencari kebenaran dengan petunjukNya..


Bagaimana anda mencari kebenaran Nya??


Cukup sekadar beriman al-quran dan sunnah?


Sejauh anda memegang al quran dan sunnah dalam kehidupan seharian??




Muhasabah Cinta Nya..





Saturday, March 6, 2010

Kembalikan Diri


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya Rahman Ya Rahim
Semoga Allah meredhai dalam setiap patah yang cuba dikongsi dan dengan nama Mu ya Allah ku pohon sentiasa diberikan petunjuk kepada diri yang lemah ini dan kami yang ingin kembali kepadamu dengan sebenar-benarnya inshaAllah..

Sepi farahimani seketika. Terasa agak kaku untuk kembali menulis. Kekusutan pengurusan masa dan konflik diri yang ku cuba seimbangi. Menikmati hari-hari yang dilalui dengan penuh rasa kesyukuran walaupun kadang-kadang didatangi jiwa-jiwa pelik yang memang amat sukar untuk difahami. Misi mengawal keadaan untuk menjadi lebih stabil. Menyelamatkan sesuatu yang seperti sudah mahu hilang.

Hidup ini bukanlah semudah yang difikirkan. Sememangnya ku mahu mengerti dan memahami apa itu erti sebenar sebuah perjuangan. Musafir ilmu dalam mencari hakikat diri dan memahami erti sebenar sebuah kehidupan sebagai seorang hamba dalam mencari hakikat perhambaan diri untuk penciptaNya dan mengenali Tuhan Nya. Sesungguhnya keredhaan Allah itu adalah matlamat hidup yang didambakan oleh semua insan. Apalah erti hebat di pandangan manusia tapi kosong di hadapanNya.

Sesungguhnya setiap sesuatu itu bermula dengan niat. Niat yang baik maka natijahnya juga akan baik dan juga sebaliknya. Kita akan memperoleh apa yang kita niatkan dan hajatkan dengan kehendakNya. Seperti juga meletakkan matlamat, kerana itu juga merupakan niat. Maka dengan meletakkan sesuatu matlamat itu sebenarnya paksi utama apa yang dimahukan dan dikecapi.

Rasuluallah SAW bersabda: "Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang akan mendapat berdasarkan apa yang di diniatkan...." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Dalam meletakkan matlamat dalam hidup ini sebenarnya, kita harus sentiasa berwaspada supaya dalam apa jua yang kita lakukan, kita mahu mendapat manfaat di dunia dan yang lebih penting untuk akhirat.

Seringkali manusia terlupa akan akhirat. Walaupun perkhabaran itu jelas dan pasti. Jelas dengan prinsip sebagai seorang muslim yang berpegang teguh dengan rukun yang islam yang lima dan rukun iman yang ke enam. Namun keindahan dunia terlalu memperdayakan. Sehingga terhijab memandang akhirat yang abadi di sana.

Dengan itu, sentiasalah mentajdidkan niat kita. Agar apa yang mahu kita kecapi dan genggam tidak sia-sia. Kita mahu matlamat yang jelas dan yang paling penting mendapat keberkatanNya

"Niat itu jangan dipisahkan dengan IKHLAS"

Daku ingin IKHLAS untuk sentiasa bertakhta dalam apa jua keadaan kerana dengan keikhlasan itu adalah perlambangan kesungguhan malah membuktikan kecintaan dan ketaatan abadi untuk PenciptanNya. Ikhlas tidak akan hadir ke dalam hati yang kotor. Martabat ikhlas itu hanya pada hati-hati hamba yang benar-benar mahu kembali sepenuhnya kepada TuhanNya.

Sesungguhnya apabila pergerakan hati telah sejahtera maka sejahteralah pergerakan anggota tubuh badan. Apabila hati telah sejahtera maka tiada di dalamnya melainkan kehendak (iradah) dan iradah yang dikehendakiNya. Tidak akan bergerak anggota ini melainkan kepada apa yang dikehendaki oleh Allah. Oleh itu hamba itu akan bersegera menuju redhaNya dan menjauhi apa yang dimurkaiNya. Dan juga menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh dirinya terjatuh ke dalam perkara dimurkaiNya sekalipun dia tidak yakin dengan keadaan tersebut.


" Allahumma Inni Asaluka Qalban Saliman"
Ya Allah, aku memohon kepadamu hati yang sejahtera

Allahu Ta3ala A3lam...

Monday, June 15, 2009

::Semangat..~



Di sini kau masih bersendiri
menanti sinaran mentari
walau kau sedari
kegelapan menghantui

Di sini kau masih meratapi

Semangat yang rebah bersemadi

Tanpa kau sedari ia kan bisa berdiri


Ya semangat itu pasti kembali..

Tabah Cekal bangkit untuk kali ke dua

tiada

gentar

dan

kecewa


usah kau biarkan segala
kelemahan menghampiri

Ya kelemahan yang diganti dengan kekuatan..

hindari semua kesamaran semalam
kerana apabila kau percaya
jiwa mu lebih sedia
tiba masanya akan kau sedar
kau berupaya
walau berjuta rintangannya

Ya percayalah dengan kekuatan diri...

andai kau PERCAYA kau kan berjaya

tiada keraguan lagi dan pasti ku temui keyakinan...
insyaAllah...

::fatrah imtihan yang masih berbaki...doakan saya dan sahabat2 saya semua..

Wednesday, May 6, 2009

HILANG




Bermula dengan kisah "KEHILANGAN". Saya kehilangan si Biru. Bingung seketika. Diri terbang ke alam fantasi ke alam ingatan lepas. Memerah sel-sel agar melakukan gerakan pantas mengimbas memori untuk mengembalikan ingatan di mana terlepasnya si biru dari ruang lingkup penglihatan.. Reseptor-reseptor penglihatan menjadi lemah dan direhatkan seketika.. Selepas beberapa minit berlalu..ku mendapati diri menjadi hilang mood. Sekilas ku baca jadual ulangkaji "HADARAH ISLAMIAH" 9pm-11pm. Tiada perasan . Terus dibayangi bayangan si Biru. Fikiran ku yang menjadi kian serabut dek kerana kian menghampiri fatrah imtihan. Kenapa agaknya ghaibnya si biru itu menjadikan diri terkesan. Bukan harganya jutaan dolar malah beribu lemon banyaknya masih di pasaran namun ku pujuk diri ini untuk bertenang dan buat-buat lupakan masalah. Mengemaskini nota-nota dan membelek-belek "Sayangku" untuk kunci-kunci perkataan arab yang tidak dapat ku kesan ketepatan maknanya.

Aku SENYUM..adakah perkara sekecil semut ini mampu mengggangu perkara-perkara lain yang lebin penting dalam hidup?

Semestinya kita tidak mahu perkara-perkara kecil menjadikan perkara-perkara yang lebih besar dan utama terabai bukan? Namun tidak boleh dinafikan bahawa sebenarnya sekecil-kecil perkara mampu membawa kejatuhan dan kemusnahan jika kita tak mampu mengawal keadaan dengan sebaiknya.

**********************************************************************************

Hilang lagi???

kenapa mesti hilang??

Kejar sebelum terus pergi dan mungkin tak kembali...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal sebenarnya baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal sebenarnya tidak baik bagimu, Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah:216

Wednesday, March 4, 2009

"Masa hidupku hanyalah pada hari ini".

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Hidup ini satu perjuangan .... sentiasa dan selamanya....selagi bernafas dengan izinnya selagi itu perjuangan perlu diteruskan...

Alhamdulillah wa insyaallah muhasabah apa yang telah berlalu perlu diambil berat dalam memperbaiki diri dan istiqamah..

Semoga Allah melapangkan hati yang kecil ini dalam perjuangan dalam membawa risalah Ar-Rasul...masih banyak yang perlu ku pelajari dari tinta pengalaman dan kehidupan ... berhikmah dalam menyampai maksud...moga Allah permudahkan segalanya ...insyaallah ..


Bersemangat!!


Apabila kita berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, kita tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.



Hari yang saat ini mataharinya menyinari kita, dan siangnya menyapa kita, membuat kita mampu memandang alam sekitar. Itulah hari kita, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup kita hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan kita dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.


Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan kita, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.


Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti kita untuk satu hari sahaja. Dan pada hari inilah kita harus bertekad mempersembahkan kualiti solat kita yang paling khusyu', membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, perhatikan terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.


Untuk hari ini, kita harus mulai membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu; memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari pelbagai dosa yang telah dilakukan, mengingati Tuhan dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh (mengharapNya). Dengan demikian hidup kita pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram serta menerima rezeki..adik-beradik, ibu bapa, tugas-tugas dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur..


Seandainya kita percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat, kita akan dapat menundukkan diri kita untuk berpegang pada prinsip; "Masa hidupku hanyalah pada hari ini".


Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri kita setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan kita...
Kita hanya INSAN lemah menumpang di sudut dunia yang sentiasa mengharap redha dan rahmat dari Allah..

~Sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa POSITIF dalam apa jua keadaan..

~Muhasabah dan motivasi ini ku tujukan untuk diri yang ini yang sedang dilanda rindu (mak+abah) dan juga mereka yang sudi membaca..


Wallahu a3lam...

Pendamba RedhaNya~

~Aku Merinduimu

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
Hanya yang mampu untuk ku lafazkan
Aku merinduimu....

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada di sisi
Bergenang air mataku
Bila terkenangkan wajahmu.....

Ayah ibu dari jauh ku pohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu ku ingat selalu
Tersemat dikalbu ....

Oh tuhan .....
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan redha Mu
Moga ku jejaki Tempat yang dituju.....


aku merinduimu - devotees