Saturday, May 23, 2009

Doa buat permata hati

Sekadar perkongsian sedikit maklumat bersama anda setelah membaca satu artikel ini. InsyaAllah semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya..Hargailah ibu, emak, mama, ummi...... Sayangi serta hormati mereka..dan sentiasalah MENGHARGAI ibu kita nan satu itu setiap masa bukanlah bila sahaja tiba bulan Mei kita baru teringat untuk menelefon atau menuturkan kata-kata indah untuk mereka..tetapi kewajipan kita untuk sentiasa menggembirakan hati mereka..Marilah kita sama-sama hargailah mereka sebaik-baiknya selagi masih termiliki saat untuk bersama..

TANGGAL 10 Mei lalu, ramai meraikan Hari Ibu, tetapi mungkin masih ada yang tidak tahu mengapa ia disambut pada hari itu dan bagaimana sambutan bermula.

Sambutan kebesaran yang dikatakan bermula pada zaman Mesir purba untuk memberi penghormatan kepada Dewi Isis, atau Dewi Cybele di Rom, atau Dewi Rhea di Greek. Di Eropah pula sambutan 'Mother Church' diraikan bagi menghargai gereja kerana pembaptisan.
Sehinggalah sambutan Hari Ibu akhirnya diiktiraf seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun sempena memperingati wanita bernama Anna Reeves Jarvis, kematiannya menyebabkan anak perempuannya, Anna M Jarvis memulakan kempennya mewujudkan sambutan Hari Ibu secara rasmi.


Dalam petisyennya kepada gereja di mana ibunya berkhidmat sebagai tenaga pengajar setiap hari Ahad, permintaannya untuk memilih tarikh 10 Mei 1908 sebagai Hari Ibu dimakbulkan dan sambutan dibuat secara rasmi di West Virginia walaupun Hari Ibu sudah diraikan masyarakat beragama Kristian seawal 1840.

Tarikh yang sama jugalah pada setiap tahun kita meraikannya untuk menghargai ibu. Bukan mentakwilkan keperluan meraikan ibu, tetapi menggembirakan mereka tarikh sama Anna M Jarvis memperingati ibunya yang menghambakan diri kepada gereja sehingga akhir hayatnya bagaikan satu sindiran kepada umat Islam yang sepatutnya mengingati, menghargai dan mendoakan ibu setiap hari atau sekurang-kurangnya bukan pada tarikh itu.

Andainya kita boleh memilih tarikh untuk mengingati ibu yang sudah pergi, alangkah indah jika hari terakhir Saidatina Khadijah di dunia ini diingati untuk disedekahkan Al-Fatihah dan doa, supaya seluruh ibu turut diingati.

Bagaimanapun, terpulanglah kepada anak untuk memikirkan cara menghargai ibu, tetapi yang paling utama buat seorang ibu ialah doa anaknya.

Doa begitu sinonim dengan hajat untuk mendapatkan sesuatu diingini. Doa juga permohonan kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada malapetaka dan bala bencana. Lazimnya manusia berdoa apabila sudah berusaha dan berikhtiar, ada juga yang berdoa tanpa melakukan apa-apa.

Allah memerintahkan hamba-Nya supaya sentiasa meminta dan memohon sesuatu dari-Nya, pemilik segala perbendaharaan di dunia dan akhirat. Allah berfirman bermaksud: "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku memperkenankan doa permohonan kamu." (Surah Al-Mu'min, ayat 60)

Sebagai seorang anak, tentulah doa untuk ibu menjadi ulam bicaranya dengan Ilahi setiap waktu menghadapnya. Biarpun ibu tidak mengetahuinya, itu tidak pernah menjadi halangan untuk anak meminta yang terbaik dari Allah supaya ibu sentiasa bahagia, diberi keberkatan dan kerahmatan, juga digolongkan bersama orang solehah di akhirat kelak.

Perlu diingat, tiada siapa paling bermakna doanya kepada ibu melainkan anak. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila anak Adam wafat, putuslah amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain, dan anak yang mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Banyak peristiwa malang berlaku hari ini kepada anak dilahirkan tanpa disengaja. Mereka akhirnya dibuang merata, tiada kasih dan simpati tertumpah. Apapun yang berlaku dan bagaimana latar belakang kisahnya, setiap anak harus menyebut nama ibunya dalam doa, paling tidak mohonlah dosa mereka diampunkan.

Terakam dalam surah Ibrahim bermaksud: "Ya Tuhan kami, ampunkanlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)." (Surah Ibrahim, ayat 4)

Anak yang sedari kecil dikasihi dan dilimpahkan sepenuh kasih sayang, mohonlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil." (Surah al-Israa, ayat 24)

Sesungguhnya doa membuktikan bahawa kita makhluk yang hina dan lemah serta sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Walaupun di dunia ini kita memiliki ibu yang penyayang, mereka akan pergi juga apabila sampai waktunya. Sebaik-baik doa untuk ibu adalah ditadahkan oleh anak dicintai Allah, memelihara makan minum dan pakainya, tidak mengabaikan tanggungjawab menyeru amar makruf dan nahi mungkar sesama manusia, sentiasa bertaubat, positif dan bersangka baik serta bersungguh-sungguh.

Berdoalah untuk ibu, supaya mereka gembira menghabiskan usia yang masih bersisa, dilindungi Dia walau di mana berada dan sentiasa akur kepada perintah dan larangan-Nya.

sumber:Berita harian,khamis 21 mei 2009

Semoga kita semua tidak lupa untuk mendoakan ibu dan bapa kita...



Akak sayang Mak ...

Wednesday, May 6, 2009

HILANG




Bermula dengan kisah "KEHILANGAN". Saya kehilangan si Biru. Bingung seketika. Diri terbang ke alam fantasi ke alam ingatan lepas. Memerah sel-sel agar melakukan gerakan pantas mengimbas memori untuk mengembalikan ingatan di mana terlepasnya si biru dari ruang lingkup penglihatan.. Reseptor-reseptor penglihatan menjadi lemah dan direhatkan seketika.. Selepas beberapa minit berlalu..ku mendapati diri menjadi hilang mood. Sekilas ku baca jadual ulangkaji "HADARAH ISLAMIAH" 9pm-11pm. Tiada perasan . Terus dibayangi bayangan si Biru. Fikiran ku yang menjadi kian serabut dek kerana kian menghampiri fatrah imtihan. Kenapa agaknya ghaibnya si biru itu menjadikan diri terkesan. Bukan harganya jutaan dolar malah beribu lemon banyaknya masih di pasaran namun ku pujuk diri ini untuk bertenang dan buat-buat lupakan masalah. Mengemaskini nota-nota dan membelek-belek "Sayangku" untuk kunci-kunci perkataan arab yang tidak dapat ku kesan ketepatan maknanya.

Aku SENYUM..adakah perkara sekecil semut ini mampu mengggangu perkara-perkara lain yang lebin penting dalam hidup?

Semestinya kita tidak mahu perkara-perkara kecil menjadikan perkara-perkara yang lebih besar dan utama terabai bukan? Namun tidak boleh dinafikan bahawa sebenarnya sekecil-kecil perkara mampu membawa kejatuhan dan kemusnahan jika kita tak mampu mengawal keadaan dengan sebaiknya.

**********************************************************************************

Hilang lagi???

kenapa mesti hilang??

Kejar sebelum terus pergi dan mungkin tak kembali...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal sebenarnya baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal sebenarnya tidak baik bagimu, Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah:216

Sunday, April 12, 2009

K.E.S.E.M.P.U.R.N.A.A.N




Manusia yang sering mengejar KESEMPURNAAN dalam hidup. Salahkah kita mengejar kesempurnaan itu. Meletakkan kesempurnaan di pandangan manusia atau di pandangan Allah secara MUTLAK..
Ketidak sempurnaan di pandangan manusia bukanlah bermakna tidak sempurna di pandangan Allah. "Saya mahu jadi yang sempurna?" Bagaimana? Mampukah saya mencapai kesempurnaan yang dicipta oleh dia, dia dan dia? Saya tak mampu... Namun saya pasti DIA yang melihat usaha saya.
Aku memohon keampunan dan kekuataan dari MU ya Allah..


Friday, April 10, 2009

Apakah Daya Ku..Maafkan aku Palestin.....


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Tag ilmiah yang dilontarkan kepada saya dari kekanda Hanisah..Moga dapat manfaat bersama. Andai ada terkurang, tegur-tegurkanlah..dan berkongsi kongsi lah..=>


1.Apakah pendapat anda tentang isu boikot yang menjadi isu hangat perbincangan ketika ini. Adakah ia patut, perlu, buang masa, wajib atau..?


2.Jika umat Islam ingin bersatu dan kuat, apakah tindakan atau langkah yang pertama dan paling utama sekali yang anda rasakan perlu dilakukan ?

3.Jika anda adalah pemimpin, apakah yang anda akan lakukan untuk membantu rakyat-rakyat Palestin ketika mereka semua menghadapi serangan daripada pihak Israel?Berikan 3 isi utama pelan tindakan anda itu.

4.Anda dikehendekai mengetag sesiapa saja yang anda suka dan boleh menambah bilangan soalan tetapi tidak boleh mengurangkan dan mengubah soalan sedia ada dan soalan yang ditambah itu mestilah berbentuk ilmiyah sahaja. Selamat menjawab ya..=)

**************************************************************************************************************

BOIKOT, BOIKOT dan BOIKOT..bosan dah nak dengar?? Ada yang mengatakan isu ini hanyalah isu lapuk yang hanya buang masa untuk dicanang-canangkan. Walaupun ada sesetengah insan yang memandang rendah dengan keberkesanan kempen ini namun saya melihat USAHA berterusan kita untuk merealisasikannya adalah lebih besar daripada itu. Masih ramai yang masih berpura-pura menutup mata dan memekakkan telinga bila datang seruan boikot ini. TERKILAN melihat fenomena ini. Saya mengakui barang-barang, makanan, minuman, dan lain-lain ini mungkin ada yang telah sebati dengan diri kita. Namun mencuba itukan lebih baik daripada mendiamkan diri dan kosong tanpa perasaan melihat saudara-saudara islam kita di sana menderita terseksa dan sengsara. Hidup bermandikan darah insan-insan yang tidak berdosa. Si kecil meraung ketakutan minta difahami. Mereka terus diselubungi peristiwa tragis yang menyayat hati angkara laknatullah israel...terlalu perit..Ya Allah berikanlah mereka kekuatan..

Kekuatan suatu umat itu adalah dengan kesatuan. Buktinya? Saya berikan satu analogi mudah. Tegakkah menara KLCC itu dengan sebatang besi? Mustahil bukan.. Jelas di dalam Al-Quran "Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai. Kita akan bersatu bila semua orang Islam benar-benar berpegang teguh dengan Islam mendambakan hidup matinya hanya kerana Allah. Pasti tiada alasan untuk mengatakan tidak untuk membantu dan membela umat seagama biarpun yang maut menanti. Namun pandangan dunia yang mengaburi umat Islam menjadikan mereka taksub mengejar kekayaan, pangkat, pandangan manusia serta menjadikan mereka seperti endau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. PENTINGKAN DIRI!!
Jika negara-negara Islam bersatu saya yakin umat Islam akan digeruni dan dihormati kerana ruh kesatuan yang dipasak dengan keutuhan aqidah sahihah bersama dengan pertolongan Allah itu lah kekuatan sebenar umat Islam.

Jika saya ditakdirkan menjadi pemimpin, saya akan cuba menyedarkan dunia Islam yang hanyut dengan arus khayalan ciptaan Barat yang dengan mudahnya menjadikan umat Islam jauh dari agama dan kepentingan JIHAD. Saya akan cuba menyatukan umat Islam seluruhnya dan bangkit untuk melancarkan strategi. Bantuan secara berpanjangan. Menghentikan hubungan terus dengan negara berkaitan yang mendokong serangan-serangan gila Israel.
Melancarkan serangan balas malah menawan semula Baitulmuqaddis dan keseluruhan Palestin yang ditawan..

Apakah daya ku duhai Palestin... Maafkan aku.. Tak terpejam mata ku bila mengenangkan kalian, terbang aku mengenangkan kalian bergelumang yang dengan musuh, mampukah aku menjadi seperti dirimu yang berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah terakhir.. walau hanya batu-batuan sekecil itu senjata mu.. Sesungguhnya SYAHID milik kalian...

Hanya tulus doa buat kalian semoga Allah memberikan kemenangan kepada kita..Allahu Akbar!!


Prihatin umat yang menjerit perit ditindas memohon penjelasan….


Mengapa umat Islam Palestine, Lubnan hancur dibom, mengapa?

Mengapa Muslim Bosnia Herzegovina disembelih, mengapa?

Mengapa Muslim Kashmir diusir, mengapa?

Mengapa Muslim Rohingya diburu, mengapa?

Mengapa Muslim Afghanistan,
Iraq diperangi, dibunuh, dirogol, dikebulurkan, mengapa?

Mengapa Muslim Somalia ditindas, mengapa?

Mengapa Muslim Chechnya, Kosovo dipinggirkan, mengapa?

Mengapa Muslim Aceh dimusuhi, mengapa?

Mengapa Fatah, Hamas, Hizbollah bercakaran, mengapa?

Mengapa dan mengapa?

Mengapa Islam dihina dan terhina serata dunia..

mengapa?!

GURUKU MENJAWAB……

Sebenarnya, bukan musuh di luar …

Musuh hakikimu bukan itu…..

Bukan Yahudi, bukan Amerika, bukan Serb, bukan kapitalis,

Bukan Russia, bukan Junta, bukan Hindu, bukan Barat,

Bukan demokrasi, bukan sekularis,

bukan sosialis, bukan komunis,

BUKAN…

Bukan itu musuhmu..

Tetapi degil akar umbi zionis di dalam hatimu itulah,

Tetapi cinta kapitalis di dalam itulah,

Tetapi amuk Serb,

degil yahudi, zalim polis Amerika

di dalam itulah….

Dalam hati, dalam peribadi, dalam akal,

dalam diri…..itulah

Yang menjarah, yang bertahta dalam batin ummah..

Tetapi…

Muslim tidak prihatin lagi akan musuhnya yang di dalam..

Muncullah tirani mustakbirin sepanjang sejarah

Pedang, lembing,senapang, roket, kereta kebal,

Bom, pesawat tanpa pemandu,

Senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi..

Al mala’u pemerah air mata,

Penumpah darah,

Hulagu, Ferdinand, Milosevic, Karadzik,

Bush Sr, Shamir, Sharon,Gobarchev, Bush Jr, Olmert…

Bila Muslim lupakan Allah

Bila Muslim lupakan taqwa

Bila Muslim lupakan iman

Bila Muslim lupakan syariat

Bila Muslim lupakan Islam

Bila….

Bila Muslim ditimpa al- wahan

Bila hati cinta dunia, takut mati

Maka jatuhlah hukuman Mahkamah Tuhan

di-IZIN-kanNya tangan-tangan besi

bermaharajalela sesuka hati

Yang bersalah…?

ULAMA!

Ulama, ulama, ulama

Ulama pasak tiang sendi umat ini yang bersalah

Ulama sebagai tuan tanah baru….

yang berladangkan kitab dan madrasah

Ulama si jutawan besar yang memperdagangkan wahyu dan sabda

Ulama mendamba dinar merayu gelar di atas mimbar

Ulama yang berlidah kelu menegur singgahsana penguasa

Ulama yang berhati berat, sendat berkarat untuk mendidik umat

Ulama punca taufan gila melanda dunia Islam…

Ulama…

Ulama yang sudah dilalaikan oleh dunia..

Ratusan, puluhan, belasan atau beberapa tahun lalu,

Cuba kau tanyakan, kau tanyakan..

Tanyakan mullah di Afghanistan, mana dakwahnya?

Tanya Imam di Bosnia, mana tarbiahnya?

Tanya maulana di Kosovo, mana doanya?

Tanyakan Syeikh di Palestine, mana korbannya?

Tanya khatib di Kashmir, apa khutbahnya?

Tanya kadhi di Chechnya, mana jemaah Islamnya?

Kau tanyakan,

Mengapa pewaris nabi tidak menyelusuri sunnah nabi

Mengapa pewaris nabi lupakan janji

Mengapa amanat Ilahi dikhianati?

Jangan kau tangisi nasib umat ini serba
malang,

serba terbuang

Qudrat kita yang sekerat, walau quwwah melimpah

Syahadat kita yang dihiris,

walau tauhid menipis

Islam jadi yatim di tengah 1 billion umatnya

DITOLAK DOA KALIAN !!

kerana Allah tak pandang

Tiada jaminan dulu dan sekarang

Kini dan akan datang

Tidak!

Tidak akan dibantu Muslim yang dibelenggu nafsu

Ini dimaktub oleh Al Quran, oleh sunnah,

Sudah serlah di dalam sirah…


Bosnia, Kashmir,Afghanistan, Iraq, Palestine, Lubnan, Chechnya,

Somalia

Adalah…

Dedaunan kering yang gugur penyubur pohon

Tunggulah, tunggu

Gelombang alun taufan badai kemaraan karamah,

Kemaraan doa,

Serta bantuan Allah

Islam dari Timur akan menuju Khurasan

Tunggulah panji2 hitam..menuju Khurasan,

Menuju…

Menuju Yaman, menuju Syam, menuju Haramain,

Menuju Makkah, menuju Madinah

Menuju
Iraq, menuju Eropah,

Tunggulah Asoib, tunggulah Ikhwan, tunggulah Abdal,

Tunggulah Nujabak, tunggulah!

Tunggulah tentera2 Tuhan mengepung dari segala pelusuk

Tunggulah angin, air, ombak laut, gegak gempitabumi, ledakan api, ribut salji!!

Tunggulah kuman2 penyakit dari segala jenis…..

Yang akan menyerang batang tubuh

pemimpin keparat

dan tentera-tenteranya

Tunggulah

karamah iman, karamah taqwa, karamah zikir, karamah tawadhuk,karamah sholat, karamah istiqamah, karamah kasih sayang, karamah takut dan cintakan Allah..

Tunggulah…

AL MUNTAZAR!



Adaptasi 90% dari puisi ‘Bosnia-Herzegovina dari Minda Guruku’

Abu Aqil Relevani

Er Shan, Yunnan CHINA



Doa Jihad: dibaca tiap kali selesai salam kedua, sehabis sholat..

Sudah diamal hampir lebih 100 tahun.



Terjemahan Intipati Doa :

Wahai Tuhan kami, tolonglah tentera2 Islam

Dan askar2 yg mengEsakan Tuhan

Dan binasakanlah orang2 kafir

Orang2 degil, pembawa2 bid’ah

Dan orang2 yang mempersekutukanMu

Dan hancurkanlah musuh2Mu,

musuh2 agama Islam

Wahai Tuhan

Pecahkanlah kumpulan mereka

Dan bubarkanlah himpunan mereka

Kurangkan bilangan mereka

dan goncangkan kaki2 mereka

Turunkan seksa yang pedih ke atas mereka

Dengan RahmatMu wahai Tuhan sekalian alam

Selawat

Wasallallahu ala saiyidina wa maulana muhammad

Wa ala aliihi wasahbihi ajmaiin

Subahana rabbika rabbil izzati amma yasifun

Wa salamun a’lal mursalin

Walhamdulillahhirabbil alaminn..


Wallahu a3lam..


Monday, March 23, 2009

::V2C sentiasa di hati KU::


Tag dari sahabat sebilik ku..:P
Nur athira Hani bt Abd Rahman (NAHAR)
Sudah lama tertangguh.. selepas balik dari program SINERGI 09 bersama UZAR maka nama baru untuk trexx.. "NAHAR" ok tak trexx?

*****************************************************************************


FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:

1. Far
2. Fara
3. Farah
4. Fawaha


FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE
1. 5 ogos (my birthday)
2. Tarikh lahir mak abah dan family

3. Tarikh lahir sahabat-sahabat dan kawan2
4. Setiap detik itu adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan :P

FOUR THINGS YOU’VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. Makan malam dengan v2c
2. Membaca blog kak Nisah

3. Menikmati koyunaki

4. Merungut sekejap sebab soalan trexx bagi ni banyak sangat:P
Maaf trexx..

FOUR WAYS TO BE HAPPY:
1. Sentiasa ingat Allah saya sentiasa dalam kasih sayang Allah
2. Mengenang kenangan-kenangan terindah

3. Gelak? (sikit-sikit boleh kerana dikhuatiri hati akan menjadi gelap)

4. Jumpa dengan kawan-kawan (berukhuwah)

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST:
1. Guru-guru dan kawan-kawan saya time tecik-tecik dulu sk lui selatan, guru-guru sahabat-sahabat seperjuangan saya di Sbpi Jempol, cik Sal dan kawan-kawan saya di kelas menjahit KEMAS, serta peserta PITT 2007.
2. Saya rindukan team netball dan tennis saya.
3. Deah

4. Kak Long Shifa'

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. Al-Jannah

2. Tiket untuk melancong secara percuma

3. buku

4. Sahabat dalam perjuangan.


FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. membaca
2. bersukan

3. Dengar nasyid

4. Dengar nasihat (supaya hati sentiasa lembut)

FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1. Mekah dan madinah
2. Mesir (rindunya...)
3. Negara2 Eropah

4. Jepun dan Korea


FOUR FAVORITE DRINKS:
1. Air kosong :) hehehe..jaga kesihatan
2. Jus oren

3. Asir manju

4. Air soya


FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG:
1. Sedikit duit
2. alquran kecil

3. kad pengenalan dan kad pelajar

4. pen dan buku kecil (mudah nak tulis kalau tiba2 dapat idea)


FOUR FAVORITE COLORS:
1. purple
2. pink

3. hijau

4. warna2 pelangi

TOP FOUR U LOVE SO MUCH:
1. Allah dan Rasulullah saw
2. Mak Abah dan family

3. Sahabat2

4. Orang2 yang menyayangi diri ini



Maaf sangat2 sahabat ku Athira Hani sebab tag ini tertangguh. Semoga kita V2C ceria2 selalu. Terimalah daku seadanya..Semoga kita mampu teruskan kecemerlangan dunia dan akhirat..Assigment ustz Musolli dan Ust Badwi jangan lupa ya ;)




::Di"tag" Kak Zahirah..Arigatou..::

Beribu-ribu bunga sakura untuk kak Zahirah..ARIGATOU!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Kali pertama bermain dengan permainan "TAG"..Maafkan ku kakanda Zahirah kerana lambat menjawab..Semalaman lappy saya berehat, kepenatan katanya :P...


****************************************

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atasuntuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikanaward ini kepada anda.


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnyadan menyatakan nama mereka di blog anda.


5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka
telah di tag.

*****************************************

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikanaward ini kepada anda.

>> Kak Zahirah Zahid a.k.a http://akudankatarsis.blogspot.com..Pertama kali mengenali beliau sebelum tiba di Morocco lagi. Orang pertama yang panggil saya Shinchan. Saya pun tak tau kenapa. Seorang yang comel (opss salah la) jelita, penyayang dan baik hati.



3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

>> Susahnya soalan ni kak Zahirah :P Saya jawab 5 fakta dan 5 hobi..ok kan?

Fakta tentang diri saya:

1. Saya dilahirkan di Selangor dan dibesarkan di Negeri Sembilan.

2. Nama mak saya Siti Manariah Hj Ghazali. Abah saya Ariaff Othman

3. Saya anak ke-5 daripada 6 orang adik beradik. Anak perempuan pertama dan terakhir dalam
keluarga.

4. Bercita-cita mahu menjadi pakar forensik. Tapi buat masa ni rasanya cita-cita ini amatlah
tidak releven dan sememangnya telah ditukar. Cita-cita saya mahu menjadi insan yang
mampu memberi manfaat kepada insan lain InsyaAllah.

5. Sukakan warna Ungu kemudian Merah Jambu dan Hijau dan warna-warna pelangi..

Hobi saya??

1. Saya suka bersukan. Bola Jaring. Team saya pernah menjuarai MSS N.Sembilan. Tennis. Ranking ke5 Negeri Sembilan. Walaupun sekolah kami tidak dibantu oleh jurulatih professional. Saya suka jogging. Kalau dulu mesti ada masa untuk jongging dengan kawan-kawan. Bagi saya bersukan boleh beri saya semangat, hilangkan tension dan lupakan segala masalah.

2. Saya suka dengar cerita-cerita dari mak saya walaupun saya dah dengar banyak kali. Rindunya nak dengar mak saya cerita-cerita lagi.

3. Suka suka dengar ceramah-ceramah terutama ceramah motivasi.

4. Saya suka duk lama-lama kat kuliah. Sebab saya tahu yang saya akan merindui kuliah Ain Chock saya.

5. Saya suka dengar lagu-lagu nasyid (irsyadus sufi:P)

**********************************************

Maafkan saya andaikata jawapan saya terlalu simple:P Mekacih kak zahirah kerana men"tag" saya..Saya tak berniat untuk beri tag ini kepada sesiapa kerana saya masih baru dalam dunia blog ini dan kawan-kawan blogger adalah hanya sekitar morocco dan saya pasti mereka pun telah di"tag"...apepun saya menjawap dengan perasaan yang gembira walaupun terasa agak skema sikit kan?? dan mekacih lagi sekali kak zahirah.Arigatou...

Tuesday, March 17, 2009

Mencari Pengganti Sang Kecewa




Gerak naluri itu yang memanah penjuru-penjuru jiwa, diri tewas melawan deruan bisu yang menyelinap di urat-urat sepi. Sesak menahan kepiluan yang menghentak dada. Menyekat terbangnya cebis-cebis hati di bawa deras angin kencang.


Sang kecewa itu tanda kasih dariNya namun ku pasti kan hadir Sang Gembira, Sang Bahagia dll...


Menadah gerimis sakti andai mampu menjadi penawar.



Hati hamba hanyalah milik Allah, digerakkan hati ini sebagaimana yang dikehendakiNya. Dialah yang mengerakkan hati walaupun hati ini ada pada diri namun tidak mampu disentuh malah hanya Dia yang mampu memegangnya dan Dia jua lah yang memberi kekuatan.



"Hanya Allah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan" Al-Fatihah:5

"Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkannya" At-Tolaaq:3

"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami, benar-benar kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami" Al-Ankabut:69



"Kesabaran itu cahaya"
(riwayat muslim)