Wednesday, January 28, 2009

Kesyukuran atas kasih sayang Nya



Assalamualaikum wbt...

Dengan rahmat dan kasih sayangNya.Maka bermula suatu cerita tentang diriku dan dunia blog.Meletakkan harapan semoga diberkati usaha ini.Syukran kepada kakanda ku "kak nisah" atas tunjuk ajar mu.Kepada sahabat-sahabat yang memberi galakan untuk ku berjuang dalam bidang penulisan blog ini.Semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Menulis? "Itu bukan kekuatan saya"
Tapi percubaan demi percubaan secara praktikal akan menjadikan kita lebih matang dalam bidang ini malah akan menjadi suatu kekuataan yang luar biasa. Percayalah..

Keyakinan? "Mungkin ada tapi sangat sedikit"
Sampai bila mesti begini?
Keyakinan itu akan tercapai bilamana keberaniaan untuk percaya kepada kebolehan diri sendiri.
Yakinlah...

Rendah diri? "Terasa diri yang sentiasa kecil di pandangan orang lain"
Sampai bilakah perasaan akan berakhir?
Maka sentiasa berfikiran positif dan percayalah yang dirimu sentiasa dihargai.


Sedikit Ilmu? "Ilmu tak berapa nak banyak"
Maka pembacaan itu jawapannya, berusaha untuk mencari ilmu dan kekuataan bila mana kita mampu untuk sampaikan kepada orang lain.


~inilah sedikit sebanyak monolog kegusaran yang melanda diri ku yang sering menjadikan semangat untuk ku dirikan tapak binaan blog menjadi lemah..

Apapun kegusaran itu ku hanyalah alasan bukan?

Saya yang gemar untuk membaca blog orang lain dan sering tertanya-tanya apakah yang mereka cuba ketengahkan dalam blog mereka.

Dan susah sangatkah untuk meguruskan binaan sesuatu blog itu sehinggga pernah saya terbaca iklan tentang kursus untuk pengurusan blog..

Pernah juga saya terbaca tentang lontaran pendapat seseorang yang bimbang dengan kebanjiran blog-blog yang sering membawa kekeliruan dalam pelbagai fakta apatah lagi tentang hukum-hukum agama..

Ada juga yang mengatakan kemodenan teknologi dunia blog ini yang membuatkan manusia bebas melontarkan pendapat hingga membawa kontrovesi di sana sini malah dikhuatiri boleh memecah belahkan umat..


Dalam apa jua perkara ada buruk dan baiknya dan setiap sesuatu itu bergantung kepada bagaimana seseorang itu menilai dalam pelbagai segi dan sudut.Positif dan negatif sesuatu itu adalah berdasarkan timbangan hujah seseorang itu.

InsyaAllah dengan usaha untuk membina blog yang tak seberapa ini mampu menjadikan diri lebih bersemangat menambahkan dan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama rakan-rakan blogger yang lain.


Pesan Rasulullah saw:"Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain"

عن عبد الله بن عمرو أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال : ' بلغوا عني ولو آية ، وحدثوا عن بني إسرائيل ولا حرج ، ومن كذب علي متعمداً فليبتوأ مقعده من النار


Moga dengan sedikit perkongsiaan ilmu dan pengalaman memberi manfaat kepada semua.


Lembaran Januari yang indah dengan kemunculan "farahimani" yang akan menjadi sebahagian dari hidup ku. Lakaran minda kurniaan Ilahi, semoga disuluh dengan petunjuk dan inayah dalam setiap tingkah jari jemari yang tiada yang lebih utama daripada mencapai keredhaan Mu Ya Rabbi...


::: Selamat Datang ke laman yang seadanya ini.Diri yang baru bertatih dalam dunia blog ini mengharapkan bimbingan dan komen yang membina daripada semua...Semoga kita sentiasa dalam redha dan kasih sayang Nya:::




~Pendamba redhaNya....

No comments: