Thursday, January 29, 2009

Warkah untaian kasih buatmu teman....


Demi Cinta kami padaMu. Kami meneguk pahitnya kehidupan kerana manisnya setitis kerinduan.
Dan bukan mengeluh kerana kerana peristiwa tragis yang kami alami. Malah kami senang dan gembira bilamana menyebut namaMu dan dambaan hati kami selamanya adalah bersua denganMu.....



Teman,
Allah menciptakan manusia sama sahaja dengan sebaik-baik kejadian
cuma amalan manusia itu yang berbeza-beza
ada yang lalai dengan angan-angan ada yang tekun berusaha
maka tentu sahaja nasib mereka berlainan
Kerana Allah itu Maha Adil sifatNya
Kelalaian itu dibalas dengan kegagalan kerajinan dibalas dengan kejayaan dan pahala.
Kita diberi peluang membuat pilihan kita jua yang menanggung natijahnya
Kita musafir di jalanan dunia tentu sekali akan pulang kepadaNya
hidup di dunia akan ditanya adakah diisi dengan sebaiknya atau keseronokan semata-mata
Diri kita yang perlukan pengisian dengan ilmu dan agama agar dekat denganNya
barulah hatimu tenang bahagia
Ketahuilah temanku
Kemuliaan manusia bukan pada luaran tetepi hati yang takutkan Tuhan.
Oleh itu , tekadkan keyakinan kerana kita umat pilihan
"You are the best Ummah" Ali Imran:110
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa" Al Hujurat:13
Ketinggian seseorang kerana Iman
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" Ali Imran:139
Lantaran itu carilah Redha Allah
Dengan melakukan sebaik-baik amalan.

Tiadalah dunia melainkan untuk kehidupan akhirat yang abadi.

~"Jika kita memilih untuk berjuang maka jalannya bukanlah suatu yang mudah, kehidupan sebenar kita di akhirat maka janganlah kita terpedaya dengan kehidupan duniawi"~


:syukran sahabat ku najwa..semoga Allah thabatkan hati kita berjuang ikhlas keranaNya..

"Yang sentiasa mendamba RedhaNya.."

No comments: