Friday, April 10, 2009

Apakah Daya Ku..Maafkan aku Palestin.....


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Tag ilmiah yang dilontarkan kepada saya dari kekanda Hanisah..Moga dapat manfaat bersama. Andai ada terkurang, tegur-tegurkanlah..dan berkongsi kongsi lah..=>


1.Apakah pendapat anda tentang isu boikot yang menjadi isu hangat perbincangan ketika ini. Adakah ia patut, perlu, buang masa, wajib atau..?


2.Jika umat Islam ingin bersatu dan kuat, apakah tindakan atau langkah yang pertama dan paling utama sekali yang anda rasakan perlu dilakukan ?

3.Jika anda adalah pemimpin, apakah yang anda akan lakukan untuk membantu rakyat-rakyat Palestin ketika mereka semua menghadapi serangan daripada pihak Israel?Berikan 3 isi utama pelan tindakan anda itu.

4.Anda dikehendekai mengetag sesiapa saja yang anda suka dan boleh menambah bilangan soalan tetapi tidak boleh mengurangkan dan mengubah soalan sedia ada dan soalan yang ditambah itu mestilah berbentuk ilmiyah sahaja. Selamat menjawab ya..=)

**************************************************************************************************************

BOIKOT, BOIKOT dan BOIKOT..bosan dah nak dengar?? Ada yang mengatakan isu ini hanyalah isu lapuk yang hanya buang masa untuk dicanang-canangkan. Walaupun ada sesetengah insan yang memandang rendah dengan keberkesanan kempen ini namun saya melihat USAHA berterusan kita untuk merealisasikannya adalah lebih besar daripada itu. Masih ramai yang masih berpura-pura menutup mata dan memekakkan telinga bila datang seruan boikot ini. TERKILAN melihat fenomena ini. Saya mengakui barang-barang, makanan, minuman, dan lain-lain ini mungkin ada yang telah sebati dengan diri kita. Namun mencuba itukan lebih baik daripada mendiamkan diri dan kosong tanpa perasaan melihat saudara-saudara islam kita di sana menderita terseksa dan sengsara. Hidup bermandikan darah insan-insan yang tidak berdosa. Si kecil meraung ketakutan minta difahami. Mereka terus diselubungi peristiwa tragis yang menyayat hati angkara laknatullah israel...terlalu perit..Ya Allah berikanlah mereka kekuatan..

Kekuatan suatu umat itu adalah dengan kesatuan. Buktinya? Saya berikan satu analogi mudah. Tegakkah menara KLCC itu dengan sebatang besi? Mustahil bukan.. Jelas di dalam Al-Quran "Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai. Kita akan bersatu bila semua orang Islam benar-benar berpegang teguh dengan Islam mendambakan hidup matinya hanya kerana Allah. Pasti tiada alasan untuk mengatakan tidak untuk membantu dan membela umat seagama biarpun yang maut menanti. Namun pandangan dunia yang mengaburi umat Islam menjadikan mereka taksub mengejar kekayaan, pangkat, pandangan manusia serta menjadikan mereka seperti endau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. PENTINGKAN DIRI!!
Jika negara-negara Islam bersatu saya yakin umat Islam akan digeruni dan dihormati kerana ruh kesatuan yang dipasak dengan keutuhan aqidah sahihah bersama dengan pertolongan Allah itu lah kekuatan sebenar umat Islam.

Jika saya ditakdirkan menjadi pemimpin, saya akan cuba menyedarkan dunia Islam yang hanyut dengan arus khayalan ciptaan Barat yang dengan mudahnya menjadikan umat Islam jauh dari agama dan kepentingan JIHAD. Saya akan cuba menyatukan umat Islam seluruhnya dan bangkit untuk melancarkan strategi. Bantuan secara berpanjangan. Menghentikan hubungan terus dengan negara berkaitan yang mendokong serangan-serangan gila Israel.
Melancarkan serangan balas malah menawan semula Baitulmuqaddis dan keseluruhan Palestin yang ditawan..

Apakah daya ku duhai Palestin... Maafkan aku.. Tak terpejam mata ku bila mengenangkan kalian, terbang aku mengenangkan kalian bergelumang yang dengan musuh, mampukah aku menjadi seperti dirimu yang berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah terakhir.. walau hanya batu-batuan sekecil itu senjata mu.. Sesungguhnya SYAHID milik kalian...

Hanya tulus doa buat kalian semoga Allah memberikan kemenangan kepada kita..Allahu Akbar!!


Prihatin umat yang menjerit perit ditindas memohon penjelasan….


Mengapa umat Islam Palestine, Lubnan hancur dibom, mengapa?

Mengapa Muslim Bosnia Herzegovina disembelih, mengapa?

Mengapa Muslim Kashmir diusir, mengapa?

Mengapa Muslim Rohingya diburu, mengapa?

Mengapa Muslim Afghanistan,
Iraq diperangi, dibunuh, dirogol, dikebulurkan, mengapa?

Mengapa Muslim Somalia ditindas, mengapa?

Mengapa Muslim Chechnya, Kosovo dipinggirkan, mengapa?

Mengapa Muslim Aceh dimusuhi, mengapa?

Mengapa Fatah, Hamas, Hizbollah bercakaran, mengapa?

Mengapa dan mengapa?

Mengapa Islam dihina dan terhina serata dunia..

mengapa?!

GURUKU MENJAWAB……

Sebenarnya, bukan musuh di luar …

Musuh hakikimu bukan itu…..

Bukan Yahudi, bukan Amerika, bukan Serb, bukan kapitalis,

Bukan Russia, bukan Junta, bukan Hindu, bukan Barat,

Bukan demokrasi, bukan sekularis,

bukan sosialis, bukan komunis,

BUKAN…

Bukan itu musuhmu..

Tetapi degil akar umbi zionis di dalam hatimu itulah,

Tetapi cinta kapitalis di dalam itulah,

Tetapi amuk Serb,

degil yahudi, zalim polis Amerika

di dalam itulah….

Dalam hati, dalam peribadi, dalam akal,

dalam diri…..itulah

Yang menjarah, yang bertahta dalam batin ummah..

Tetapi…

Muslim tidak prihatin lagi akan musuhnya yang di dalam..

Muncullah tirani mustakbirin sepanjang sejarah

Pedang, lembing,senapang, roket, kereta kebal,

Bom, pesawat tanpa pemandu,

Senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi..

Al mala’u pemerah air mata,

Penumpah darah,

Hulagu, Ferdinand, Milosevic, Karadzik,

Bush Sr, Shamir, Sharon,Gobarchev, Bush Jr, Olmert…

Bila Muslim lupakan Allah

Bila Muslim lupakan taqwa

Bila Muslim lupakan iman

Bila Muslim lupakan syariat

Bila Muslim lupakan Islam

Bila….

Bila Muslim ditimpa al- wahan

Bila hati cinta dunia, takut mati

Maka jatuhlah hukuman Mahkamah Tuhan

di-IZIN-kanNya tangan-tangan besi

bermaharajalela sesuka hati

Yang bersalah…?

ULAMA!

Ulama, ulama, ulama

Ulama pasak tiang sendi umat ini yang bersalah

Ulama sebagai tuan tanah baru….

yang berladangkan kitab dan madrasah

Ulama si jutawan besar yang memperdagangkan wahyu dan sabda

Ulama mendamba dinar merayu gelar di atas mimbar

Ulama yang berlidah kelu menegur singgahsana penguasa

Ulama yang berhati berat, sendat berkarat untuk mendidik umat

Ulama punca taufan gila melanda dunia Islam…

Ulama…

Ulama yang sudah dilalaikan oleh dunia..

Ratusan, puluhan, belasan atau beberapa tahun lalu,

Cuba kau tanyakan, kau tanyakan..

Tanyakan mullah di Afghanistan, mana dakwahnya?

Tanya Imam di Bosnia, mana tarbiahnya?

Tanya maulana di Kosovo, mana doanya?

Tanyakan Syeikh di Palestine, mana korbannya?

Tanya khatib di Kashmir, apa khutbahnya?

Tanya kadhi di Chechnya, mana jemaah Islamnya?

Kau tanyakan,

Mengapa pewaris nabi tidak menyelusuri sunnah nabi

Mengapa pewaris nabi lupakan janji

Mengapa amanat Ilahi dikhianati?

Jangan kau tangisi nasib umat ini serba
malang,

serba terbuang

Qudrat kita yang sekerat, walau quwwah melimpah

Syahadat kita yang dihiris,

walau tauhid menipis

Islam jadi yatim di tengah 1 billion umatnya

DITOLAK DOA KALIAN !!

kerana Allah tak pandang

Tiada jaminan dulu dan sekarang

Kini dan akan datang

Tidak!

Tidak akan dibantu Muslim yang dibelenggu nafsu

Ini dimaktub oleh Al Quran, oleh sunnah,

Sudah serlah di dalam sirah…


Bosnia, Kashmir,Afghanistan, Iraq, Palestine, Lubnan, Chechnya,

Somalia

Adalah…

Dedaunan kering yang gugur penyubur pohon

Tunggulah, tunggu

Gelombang alun taufan badai kemaraan karamah,

Kemaraan doa,

Serta bantuan Allah

Islam dari Timur akan menuju Khurasan

Tunggulah panji2 hitam..menuju Khurasan,

Menuju…

Menuju Yaman, menuju Syam, menuju Haramain,

Menuju Makkah, menuju Madinah

Menuju
Iraq, menuju Eropah,

Tunggulah Asoib, tunggulah Ikhwan, tunggulah Abdal,

Tunggulah Nujabak, tunggulah!

Tunggulah tentera2 Tuhan mengepung dari segala pelusuk

Tunggulah angin, air, ombak laut, gegak gempitabumi, ledakan api, ribut salji!!

Tunggulah kuman2 penyakit dari segala jenis…..

Yang akan menyerang batang tubuh

pemimpin keparat

dan tentera-tenteranya

Tunggulah

karamah iman, karamah taqwa, karamah zikir, karamah tawadhuk,karamah sholat, karamah istiqamah, karamah kasih sayang, karamah takut dan cintakan Allah..

Tunggulah…

AL MUNTAZAR!



Adaptasi 90% dari puisi ‘Bosnia-Herzegovina dari Minda Guruku’

Abu Aqil Relevani

Er Shan, Yunnan CHINA



Doa Jihad: dibaca tiap kali selesai salam kedua, sehabis sholat..

Sudah diamal hampir lebih 100 tahun.



Terjemahan Intipati Doa :

Wahai Tuhan kami, tolonglah tentera2 Islam

Dan askar2 yg mengEsakan Tuhan

Dan binasakanlah orang2 kafir

Orang2 degil, pembawa2 bid’ah

Dan orang2 yang mempersekutukanMu

Dan hancurkanlah musuh2Mu,

musuh2 agama Islam

Wahai Tuhan

Pecahkanlah kumpulan mereka

Dan bubarkanlah himpunan mereka

Kurangkan bilangan mereka

dan goncangkan kaki2 mereka

Turunkan seksa yang pedih ke atas mereka

Dengan RahmatMu wahai Tuhan sekalian alam

Selawat

Wasallallahu ala saiyidina wa maulana muhammad

Wa ala aliihi wasahbihi ajmaiin

Subahana rabbika rabbil izzati amma yasifun

Wa salamun a’lal mursalin

Walhamdulillahhirabbil alaminn..


Wallahu a3lam..


4 comments:

~ZuLhAiRi~ said...

salam 'alayk!...

semoga palestine sentiasa dihati setiap dari kita!...
pasti janji Allah itu tiba, kemenangan insyaAllah di pihak yg benar...

satu wacana yg amat bermanfaat buat semua!...jangan sejukkan isu ini, insyaAllah samat kita hangatkan..

Farah Imani said...

>>>Zulhairi

waalaikumsalam..

syukran komen membina ini..

Isu ini bagaikan bermusim..insyaAllah kita cuba sehabis baik untuk perjuangankan isu ini..

AKMAL AND HANIFFAH said...

warni warni blog anda.sy nak kongsi jawapan pada taq tu

1.Perlu baikot kerana sedikit yang bermanfaat adalah lebih bagus

2.Diri sendiri kemudian keluarga kemudian masyarakat.kalau dkt Mangrib n, kawan serumah.

3.membuat hubungan baik dgn negara besar cth cina, prancis, australia kemudian hantar bantuan perubatan berupa para sukarelawan, bantuan ketenteraan yang jumlahnya bukan untuk berperang tetapi membantu.

.membuat pendirian terhadap palestin dan mengajak negara lain bersama kita.

.melakukan kegiatan ekonomi bukan bersandarkan usd

Farah Imani said...

>>>Akmal and Haniffah

terima kasih sudi berkongsi pendapat di sini..

saya berlapang menerima perkongsiaan anda ini..

syukran jazilan..