Wednesday, May 6, 2009

HILANG




Bermula dengan kisah "KEHILANGAN". Saya kehilangan si Biru. Bingung seketika. Diri terbang ke alam fantasi ke alam ingatan lepas. Memerah sel-sel agar melakukan gerakan pantas mengimbas memori untuk mengembalikan ingatan di mana terlepasnya si biru dari ruang lingkup penglihatan.. Reseptor-reseptor penglihatan menjadi lemah dan direhatkan seketika.. Selepas beberapa minit berlalu..ku mendapati diri menjadi hilang mood. Sekilas ku baca jadual ulangkaji "HADARAH ISLAMIAH" 9pm-11pm. Tiada perasan . Terus dibayangi bayangan si Biru. Fikiran ku yang menjadi kian serabut dek kerana kian menghampiri fatrah imtihan. Kenapa agaknya ghaibnya si biru itu menjadikan diri terkesan. Bukan harganya jutaan dolar malah beribu lemon banyaknya masih di pasaran namun ku pujuk diri ini untuk bertenang dan buat-buat lupakan masalah. Mengemaskini nota-nota dan membelek-belek "Sayangku" untuk kunci-kunci perkataan arab yang tidak dapat ku kesan ketepatan maknanya.

Aku SENYUM..adakah perkara sekecil semut ini mampu mengggangu perkara-perkara lain yang lebin penting dalam hidup?

Semestinya kita tidak mahu perkara-perkara kecil menjadikan perkara-perkara yang lebih besar dan utama terabai bukan? Namun tidak boleh dinafikan bahawa sebenarnya sekecil-kecil perkara mampu membawa kejatuhan dan kemusnahan jika kita tak mampu mengawal keadaan dengan sebaiknya.

**********************************************************************************

Hilang lagi???

kenapa mesti hilang??

Kejar sebelum terus pergi dan mungkin tak kembali...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal sebenarnya baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal sebenarnya tidak baik bagimu, Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah:216

No comments: