Wednesday, June 3, 2009

~IMTIHAN^_^


Kehidupan dunia bukanlah syurga kebahagiaan atau tempat tinggal abadi tetapi medan pelaksanaan tugas dan menempuh ujian dan dugaan. Al-quran menjelaskan bahawa kehidupan dunia penuh dengan kesulitan dan kepayahan.

Firman Allah: “Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam susah payah.” (QS Al Balad: 4)

Allah menciptakan kehidupan dunia ini bercampur dengan kesenangan dan kesusahan, antara kenikmatan dan penderitaan dan juga hal-hal yang disenangi dan yang dibenci. Tidak akan ada suka tanpa duka, atau kesihatan tubuh badan tanpa penyakit, atau pertemuan tanpa perpisahan, atau keamanan tanpa ketakutan..

Takut??

Isnin yang makin tiba membuatkan degupan jantung menjadi lebih kencang. Takut?? Peperiksaan semester 4 akan bermula dengan meriahnya minggu depan. Cuba mendatangkan mood seceria mungkin tatkala keserabutan yang melanda..

Peperiksaan itu sama seperti ujian..Menguji minda untuk kita sama ada berjaya memahami dan menghafaz pelajaran dengan baik atau tidak.


Dr. Asban di dalam kelasnya tadi bertanya kepada kami mengapa perlu takut dengan imtihan? Sekiranya kita mampu menyusun segala maklumat di dalam minda kita dengan baik tentu tiada masalah dengan soalan-soalan di dalam peperiksaan. Mudah sahaja jawapannya malah sambil tersenyum dan mengkhabarkan imtihan untuk kedua-dua madahnya adalah dalam hari yang sama dan lebih terasa seronoknya bilamana imtihan Dr.Syarqawi pun pada hari yang sama... seronok ke?

Terkesima seketika..3 madah dalam satu hari?

Berfikir dan bermuhasabah...

Hebat sangatkah ujian ini jika dibandingkan dengan dugaan dan penderitaan yang dihadapi oleh Rasulullah, para sahabat dan pejuang-pejuang islam dahulu ketika menyebarkan Islam. Hebatkah ujian ini jika dibandingkan dengan kesengsaraan saudara-saudara di Palestin? Tentunya tidak....

Jika kegagalan yang kita takutkan maka itu adalah kesilapan...kerana apa? kerana tiada istilah GAGAL bagi mereka yang berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah..
Kegagalan dan kejayaan itu milik Allah. Maka, Dia yang lebih layak untuk menentukan.

Semoga diri ini dan sahabat-sahabat semua dipermudahkan dalam menempuh imtihan...


Bittaufiq wa lfalah...
fiddunia wa lakhirah.....


~damai~

Kuliah Adab wal Ulum Al Insaniah, Jamiah Al-Hassan Thani
Ain Chock, Casablanca...

No comments: