Thursday, December 31, 2009

:: Menilai erti KASIH SAYANG::



::Permulaan sama penting dengan penghujung kerana permulaan itu mempengaruhi penghujung. Jangan mengatakan hanya salah satu yang penting kerana kedu-duanya sama penting::


Dengan Nama Mu Ya Allah ku SERU dalam tiap hembusan nafas ku...
Kuatkan hati ini..dalam hidup yang penuh dugaan dan ujian..jangan Kau lepaskan daku untuk pergi jauh dari Mu walaupun dalam sekelip mata..Aku lemah tanpa Mu..Apakah maknanya hidup ini tanpa Mu..

Takaran musibah yang terukur dengan tangisan dan beratnya tragedi. Membuatkan pipi haus akan air mata. Bencana masa telah menutupi wajah. Awanan kedukaan yang pekat disertai hujan tangisan ku biarkan kekal sepi.


Semakin pantas masa meninggalkan kita. Suka dan duka silih berganti. Pejam celik mata ini. Sudah sampai tahun 2010. Diari tahun 2009 pasti menjadi sejarah yang kekal dalam ingatan.
Ini bermakna tidak sampai setahun lagi kesempatan untuk terus ku melakar ceritera di bawah langit biru Morocco ini. Masa yang pantas berlalu sangat mengusarkan hati. Butir ilmu yang ingin ku gapai dari jejak-jejak ilmuwan yang kabur dengan debuan ini sudah cukupkah untuk ku bawa jadi bekalan?? Taklifan amanah yang ingin ku bawa pulang sebagai penyuluh jalan.
Semoga Allah berkati usaha kami..

Lembaran ceritera baru ku mulai dengan pujian buat Pemilik dunia ini. Ya Allah..Dengan kasih sayang dan cinta Mu masih Kau kurniakan nikmat usia. Kasih sayang Mu ku damba selamanya. Namun sering sahaja aku sia-siakan.
Usia muda ini sepatutnya digunakan dengan sebaik-baiknya. Kita yang mencorakkan dunia kita. Gunakanlah akal yang Allah kurniakan untuk memilih jalan yang terbaik.

Terima kasih kepada sumber semangat dan inspirasi. Emak dan Abah..:) Sejak kecil hingga ke hari ini. Tidak pernah berkurang kasih sayang kalian berdua. Perbualan tadi benar- benar membuatkan diri ini sedar. Sekeping hati seorang ibu dan ayah. Perasaan kalian berdua yang sunyi tanpa anak-anak di sisi. Semuanya makin membesar dan terpaksa membawa haluan kehidupan masing-masing. Besarnya pengorbanan kalian untuk kami. Hanya doa tulus dari kejauhan ku utuskan buatmu ayahanda dan bonda.
Ingatlah yang sesungguhnya kita adalah bekalan mereka di sana. Semoga kita semua menjadi anak-anak soleh yang sentiasa mendoakan ibubapa kita inshaAllah...

Along dan Abang izz bakal menimang cahaya mata kedua. Abang Udin yang masih dalam suasana orang arabnya dan abang amal bakal menamatkan pengajian. Alhamdulillah..Perbualan dengan adik tadi..panjang kisahnya. Tekanan di bumi sana benar-benar merisaukan diri ini. Bukan mudah menjadi hamlatul quran. Ku fahami adik ku sayang. Sedaya upaya ku cuba membantu. Kenapa aku turut terkesan dengan perkongsian luahanmu itu?? Semoga dengan sedikit kata-kata itu moga menjadi pembakar semangat buatmu.

Apakah dikau mengerti menilai erti kasih sayang ??

Kadang-kadang kita sering tidak menghargai insan- insan di hadapan kita. Namun bila berjauhan dan hilangnya saat untuk bersama...:(
Maka...Hargailah sebelum hilang dari sisi..

Dalam usia yang singkat ini. Hargailah mereka-mereka yang berada di sekeliling anda. Belajar menerima apa jua keadaan dalam hidup ini. Sesungguhnya hidup ini aturan Allah yang TERBAIK.

Belajarlah menilai kasih sayang. Kerana dalam kasih sayang itu sebenarnya menjadikan kita lebih kuat untuk berjalan malah berlari dalam menuju redhaNya.

Kasih Sayang Allah.. Kasih Sayang Ibubapa.. Kasih Sayang Keluarga.. Kasih Sayang Sahabat.. Kasih Sayang untuk umat islam...

Jangan lupa untuk doakan saudara-saudara kita di Palestin..
Semoga Allah memberikan kemenangan untuk umat Islam..
ameen..



Exam sem 1..tinggal sejarah :)


p/s: Final exam mode. Harap doa dari semua sahabat... Allahu yubarik fikum...

Saturday, December 19, 2009

::Muharam Yang Datang Bertamu::


Dengan Nama Mu Ya Allah aku berlindung daripada segalanya yang membawa aku jauh dari jalanMu.

Alhamdulillah ya Rabbal la3lamin. Masih lagi mampu menghirup udara dan merasai kenikmatan iman dan islam. Mungkin masih belum terlambat untuk diucapkan SALAM MAAL HIJRAH buat semua. Semoga Tahun Baru dengan semangat yang baru, nafas kehidupan yang lebih menyegarkan dan semakin bertambah cinta kita kepada Pencipta. Kehidupan yang lepas adalah pelajaran yang paling berharga untuk mengorak langkah ke hadapan dengan penuh keyakinan. Terokailah diri sendiri yang telah diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)."

At-Tin:4

Hujan di luar sana masih renyai-renyai dan sekali-kala angin kuat yang bertiup mengegarkan juga jendela usang ini. Ketika menjenguk ke luar jendela, plastik,cebisan sampah kecil serta debuan di jalanan itu berterbangan ke udara dan laju di bawa angin. Lantas kurapatkan sahaja tingkap ini kerana bimbang akan dipenuhi habuk pula bilik ini nanti. Hujan renyai yang berpanjangan sebegini akan menyebabkan penurunan suhu. Maka, semakin bertambahlah juga ketebalan baju untuk dipakai. Semuanya kerana khuatir ditimpa sakit. Sudah masuk tahun ketiga di sini dan diri ini menjadi semakin peka dengan sejuk. Kalau diikutkan pengalaman tahun pertama dan kedua senang sahaja ditimpa selsema dan batuk. Khabar sahabat kami yang berada di selatan Morocco yang telah dikuarantin kerana disyaki mengidap influenza H1N1 begitu membuatkan saya bertambah risau. Alhamdulillah kesihatan dia pun semakin positif sekarang. Jangan dilupakan tentang kesihatan ya sahabat-sahabat. Kadar kesihatan juga mempengaruhi graf ibadah kita dan perjalanan hidup seharian kita.





02 Muharam 1431H hari ini, lengkaplah takwim kelahiran ku yang kini berumur 21 tahun.
Harapan ku agar dapat berbakti kepada agama, ibubapa dan negara. Menjadi insan yang mampu sentiasa memberi manfaat kepada insan yang lain. InsyaAllah. Hidup ini sebenarnya terlalu singkat untuk melunaskan kesemua tanggungjawab kepada mereka yang berhak. Usaha..usaha..usaha..



SBPI JEMPOL, N9

Esok 03 Muharam 1431H,pagi-pagi lagi adik akan mendaftar di Darul Quran untuk program persijilan. Tidak sampai seminggu lagi selepas menamatkan peperiksaan SPM dan kini manyambung perjuangan di bumi barakah sana. Semoga adik kuat dan bertabah untuk mencapai matlamat menjadi HamlatulQuran. Really proud of you dear. Walaupun dulu pernah mengalami kekecewaan kerana gagal untuk menembus masuk untuk merasai biah solehah di balik tembok yang penuh dengan kedamaian itu. Bittaufiq Wan Najah di sana adik.



Darul Quran, KKB


Di samping itu saya mahu mengajak sahabat-sahabat pada bulan MUHARAM ini dengan menghidupkannya dengan sunnah Rasulullah SAW.


Jom kita Berpuasa..:)

Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)


Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)


Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)


[[Puasa sunat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)]]

Waallahu ta3ala A3lam..




Thursday, December 10, 2009

::TERBAIK itu...::





Allah telah mengaturkan perjalanan hidup yang TERBAIK untuk hambaNya. Kalaupun kita merasakan yang hadir dalam hidup kita itu bukan yang TERBAIK namun sebenarnya itu hanya perhitungan kita secara zahir dan bersifat lemah. Hakikat yang lebih utama sebagai seorang mukmin adalah kita perlu sentiasa melakukan yang TERBAIK di dalam hidupnya.








Masih adakah alasan untuk terus bersenyum ??
Untuk hari ini, esok, lusa dan selamanya??

::Berusahalah dalam mengapai REDHANYA....

Wednesday, December 2, 2009

::DETIK UMUR::



DETIK UMUR



Masa berjalan begitu laju
Tidak pernah berhenti walaupun sedetik

Ertinya detik umur kita meninggalkan kita

Kalau begitu setiap detik umur kita berkurang

Tapi kita tidak terasa

Setiap detik dunia meninggalkan kita jauh
Setiap detik pula akhirat mendekati kita
Kalaulah kita cintakan dunia

Apa yang kita cinta makin jauh terpisah

Sedangkan Tuhan dan akhirat Tidak pernah kita cinta,
Makin dekat
Alangkah terseksanya jiwa
Meninggalkan apa yang disuka dan dicintai

Bertambah terseksa lagi yang dihadapan kita

Tidak pernah kita cinta

Ertinya kita pergi ke akhirat tidak membawa apa-apa

Yang kita cinta hendak ditinggalkan

Yang tidak cinta akan berhadapan

Aduh!
Dua kali penderitaan

Meninggalkan yang kita cinta

Hendak bertemu dengan yang tidak kita cinta


Tuesday, December 1, 2009

Maafkan SAHABAT mu ini..



"Hari ini mesti cari DIA di kuliah" tekad ku dalam hati.

Kebimbangan yang diselubungi seribu andaian sejak Khamis lepas. Dia tidak menampakkan wajahnya. Kebiasaannya dia akan menjemput kami ke rumahnya sehari sebelum Eid. Entah. Kami satu rumah tertanya-tanya sesama sendiri.

"Dia balik kampung??"
"Tak sihat kot??"
"Rumah dia ada duyuf (tetamu) kot??"

Dia juga tidak muncul di pagi hari raya seperti selalu. Tidak sepeti Eid yang lepas, awal pagi lagi sudah menekan loceng rumah kami. Memanggil-manggil kami untuk cepat-cepat bersiap. Kelam kabut kami jadinya.

Dia sudah kuanggap seperti kakakku sendiri. Walaupun kami satu kelas yang sama namun umur kami berbeza. Matang. Perwatakanya yang mudah didekati dan memahami. Sejak hari pertama kami di universiti ku merasai ada sesuatu yang menghubungkan kami. Takdir Allah itu Maha Hebat. Rumah kami tidak jauh dari rumahnya. Maka, dia sering bertandang ke rumah kami dan kami pun selalu sahaja bertandang ke rumahnya. Mengenali keluarganya merupakan satu penghargaan buat ku. Bila melihat wajah ibunya (mama Faezah) hati sayu teringatkan emak jauh di sana. Terubat juga rindu. Tidak pernah kedekut meluangkan masa untuk bersama kami. Apatah lagi bila musim peperiksaan. Sepanjang hari kami belajar bersama-sama dan hanya rehat untuk solat dan makan. Bicaranya itu hikmah dan sentiasa disulami dengan nasihat. Hatinya lembut dan mudah tersentuh.

Dialah sahabat yang sentiasa ada untuk membantu. Shukran lak Asma'. "Hasbawi Asma"

Sepatutnya kami ke rumahnya kelmarin tetapi disebabkan jemputan daripada sahabat lain terpaksa kami tangguhkan. Sudah beberapa kali sudah bercadang untuk ke rumahnya untuk menziarahinya.

"Perasaan BERSALAH"

Dia tidak muncul di kelas pagi tadi. Meliar sahaja mataku di dalam kelas. Mencari-cari kelibat dia. Tiada.

Pagi tadi di waktu senggang sebelum bermula kelas kedua, bercadang untuk pulang sebentar.
Ketika melintas jalan yang agak sesak itu. Kedengaran jeritan kecil memanggil namaku .

"Asma'!!" Aku separuh menjerit. Terus peluk dia.
"Aina kunti?? Hal enti bekhaer?? Ahwal toyyibah??"
(Awak di mana?? Awak sihat?? Semuanya baik-baik??"
Soalan yang terus menerjahnya.

Muka dia sedih. Dan berkali-kali minta maaf. Dia risaukan kami. Bagaimana Eid kami. Dalam pertemuan yang singkat itu katanya ibunya dimasukkan ke hospital sehari sebelum Eid. Sakit yang memerlukan pembedahan segera.

"Qodhoitu leid bi ldumu' Farah"
(Aku merayakan eid dengan air mata farah)
kata-katanya itu begitu membuatkan betul-betul sedih dan rasa bersalah.

Sememangnya diri ini bersalah. Kenapa tidak ku menelefon atau hantar sahaja sms??
Perasaan bersalah ini bertambah bilamana teringat kata-kata Asma', ibunya yang sakit itu masih sempat bertanyakan bagaimana keadaan kami.
Semuanya ini aturan Allah. Ada juga perkara yang kita nampak ringan sahaja namun besar kesannya.

Semoga ibu mu cepat sembuh Asma'..

Maafkan sahabat mu ini..




Sunday, November 29, 2009

Eidul Adha Mubarak Sa3eid: Edisi Kongsi Cerita

Allahu akbar
Allahu akbar..
Walillah ilhamd..






Alhamdulillah masih dikurniakan cintaNya. Merasai nikmat iman dan islam. Kali ini sekadar coretan perkongsian pengalaman. Kadang-kadang perlu juga menoleh jalan yang telah kita lalui moga jadi azimat yang memberi kekuatan, semangat dan iktibar untuk terus melangkah ke hadapan.









Eidul Adha kali pertama pada tahun 2007. Kami yang berlima. Shifa' (rindu kamu kak long) , Salmee, Atiqah, Atirah dan Farah yang membuka lembaran sejarah dalam hidup dalam menyambut eidul Adha di bumi Morocco tanpa keluarga di sisi. Terasing. Itu yang dapat kami mampu gambarkan. Namun, kami fahami inilah cabaran. Masjid Uhud itu saksi betapa kami merasai nilai cinta sahabat dalam memberikan kekuatan dalam nilai sebuah persahabatan. Kibas yang kita kongsikan membuahkan ukhuwah yang indah. Dalam kekalutan yang terasing kami dihadirkan dengan sahabat-sahabat MAGHRIBIYAT yang menghulurkan tangan, senyuman dan jiwa raganya. Kasih sayang dan ikatan persaudaraan islam. Mereka sememangnya sentiasa cuba memahami kami yang lisannya masih kaku. Terima kasih jua senior-senior yang sentiasa cuba membantu. Eidul Adha kali pertama yang hebat pengalamannya.










Eidul Adha ke2 pada tahun 2008. Terasing itu tiada lagi dalam diari hidup kami. Alhamdulillah. Merasai diri kami yang sentiasa dipunyai. Sebening sinar pagi Eidul Adha yang kami lalui tanpa "kak long" di sisi. Alangkah kiranya dikau berada di sisi kami. Rindu kamu. Semoga dikau berjaya di bidang yang diimpikan. Percayalah segala yang berlaku ada hikmahnya. Ku fahami dan ku mengerti kerana ada perkara dalam hidup yang memerlukan kata putus yang tidak boleh membuatkan semua orang faham.








Kini, penuh keindahan dan penuh keberkatan. 11 Zulhijah 1430H. Hari kedua Menyambut AidilAdha. Nyaman sekali udara hari ini. Sejuk. LHAMDULILLAH. Menunggu untuk dijamu harirah pagi ini dan akan bertandang di rumah akhawat TURKIYAT.

Semalam kemeriahan eidul adha kali ke3 cukup terasa di bumi Maghribi dan harapannya mungkin kali terakhir menjadi tetamu eid di tanah gersang ini. Kehadiran junior2 yang melengkapkan ruang cerita dan ceria bersama. Gelak tawa bersama-sama teman seperjuangan di jalanan sambil mengulang-ngulang pengalaman dan cerita saat pertama kali menikmati eidul adha di sini. Pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. HEBATnya Eidul Adha di sini.
Kalau di Malaysia dulu tidak sekali terasa sebegini.

"Masyarakat di Malaysia lebih sukakan Eidul Fitri berbanding Eidul Adha".

Bila saya katakan kenyataan ini kepada sahabat arab saya. Dia sangat pelik.


Di awal Zulhijah mereka berlumba-lumba melakukan ibadah dan amal. Bersedekah dan berpuasa. Sungguh terasa keberkahan Zulhijah nya. Risalah-risalah mengenai Zulhijah tersebar di sana dan sini. Semua orang sibuk memperkatakannya dan sibuk juga mahu merayakan Eidul Adha. Tetapi di Malaysia Hari Raya Haji hanya untuk orang yang menunaikan haji. Itulah fikrahnya. Saya pasti mungkin kerana pengertian Zulhijah itu sendiri tidak sampai di dalam masyarakat lagi. Eidul Adha bagi kita di Malaysia hanyalah cuti untuk merehatkan diri di rumah bersama-sama keluarga atau sama sahaja seperti cuti-cuti yang lain. Pelajar-pelajar yang ternanti- nantikan sahaja lambaian cuti tanpa didedahkan mengenai Zulhijah. Sedih.

Baru saya sedar eid kaber (besar) dipandangan Islam dipandang kecil di sisi masyarakat kita.

Thursday, November 26, 2009

::ZULHIJAH: Dalam Menyahut Seruan Ilahi::



Dalam bulan Zulhijjah, Allah menganugerahkan masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan oleh Allah. Iaitu sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, Hari Arafah, Aidil Adha dan Hari Tasyriq.

Sesungguhnya, Allah SWT telah bersumpah dengan Fajar Aidil Adha dan 10 malam bulan Zulhijjah dalam surah al-Fajr ayat 1 dan 2:

Demi waktu fajar Aidil Adha; dan malam 10 Zulhijjah (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).

Kita maklumi, Allah tidak bersumpah dengan suatu perkara melainkan kerana kemuliaan dan kepentingan perkara tersebut. Allah telah menganugerahkan pada 10 malam terawal bulan Zulhijjah dengan kelebihan-kelebihan yang lebih besar dan hebat daripada malam-malam yang lain.

Banyak hadis yang menerangkan tentang kelebihan hari-hari ini dan kelebihan amalan yang dilakukan padanya.

Di antaranya, sebagaimana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat r.a bertanya, Wahai Rasulullah! Dan tidakkah juga berjihad fi sabilillah (lebih afdal daripada beramal pada hari-hari ini)? Rasulullah SAW bersabda, “Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid”. (riwayat al Bukhari)

Ulama berdalilkan hadis ini sebagai galakan atau sunat berpuasa pada sembilan hari daripada 10 hari terawal bulan Zulhijjah kerana puasa juga termasuk dalam kategori amalan soleh.

Perkara ini disebut oleh al Hafiz Ibnu Hajar r.a, Rasulullah SAW juga bersabda:

“Berpuasa sehari dalam bulan ini (hari yang ke-9) menyamai puasa 1000 hari dan sehari puasa pada hari Arafah menyamai puasa 10,000 hari”.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepada-Nya daripada 10 hari terawal dari bulan Zulhijjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam al-Qadar”.

Bahkan, disunatkan bagi orang yang mahu melakukan korban menahan dirinya terlebih dahulu daripada memotong kukunya dan mencukur bulu sama ada pada kepala, muka dan badannya. Iaitu, bermula dari masuknya bulan Zulhijjah hinggalah selesai melakukan ibadah korban.

Hal ini berdasarkan hadis Ummu Salamah, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Apabila masuk hari yang 10 Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka jangan disentuh rambut dan kulitnya sedikitpun”.

Di dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka hendaklah ditahan dari memotong rambut dan kukunya”.

Ini sebagai menunjukkan terbukanya pintu penerimaan Allah terhadap amal yang dilakukan pada hari-hari yang berkat ini, kerana Allah Yang Maha Mulia apabila Dia kasih atau suka kepada sesuatu, maka Dia akan menerimanya.

Kesimpulannya, maksud yang paling utama dari hadis ini, kita digalakkan melakukan amal yang disukai dan diredai Allah pada hari-hari tersebut, sekalipun amalan yang mudah dan tidak sulit untuk dilakukan.

Sekiranya tidak mampu untuk berjihad, berpuasa atau bersedekah, janganlah pula berasa lemah untuk melakukan ibadah yang lain seperti solat sunat, tasbih dan tahlil. Kadang kala amal yang sedikit dan mudah itu besar nilainya di sisi Allah dan lebih dikasihi-Nya.

Hari Arafah

Hari Arafah ialah hari para jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia terkenal sebagai kemuncak bagi segala amalan atau rukun haji.

Allah yang bersifat Maha Pemurah memuliakan dan membesarkan hari tersebut dengan mencurahkan rahmat dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang berdoa dan meminta keampunan kepada-Nya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada hari yang lebih banyak pembebasan dari neraka daripada hari Arafah”.

Justeru pada hari tersebut, kita amat digalakkan supaya memperbanyakkan doa dan istighfar. Daripada Abdullah ibn Amru r.a berkata:

“Kebanyakan doa Nabi SAW pada hari Arafah ialah “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah; Yang Maha Esa tanpa ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan dan pujian. Di dalam kekuasaan-Nya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.

Di antara doa bagi memohon keampunan dan pembebasan dari api neraka ialah:

“Ya Allah! Bebaskanlah tengkukku daripada api neraka, luaskanlah untukku dengan rezeki yang halal dan palingkanlah (hindarilah) daripadaku jin dan manusia yang fasiq”.

Kita juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah kerana Rasulullah SAW bersabda:

“Puasa pada hari Asyura akan mengkafarahkan dosa setahun (sebelumnya). Manakala puasa hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa dua tahun; setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang”.

Sebagaimana yang disebut di dalam hadis, bahawa Rasulullah SAW berdoa pada petang hari Arafah agar diampunkan dosa-dosa umatnya termasuk orang yang zalim. Apabila Allah memakbulkan doanya, Baginda SAW tersenyum kerana melihat iblis mengambil tanah lalu menaburnya di atas kepalanya sambil mengeluh panjang apabila mengetahui doa Baginda SAW dimakbulkan dan dosa-dosa umatnya diampunkan.

Aidil Adha

Solat hari raya merupakan khususiat/keistimewaan umat ini seperti solat istisqa’ (minta hujan) dan kusuf (gerhana matahari).

Di antara dua solat hari raya, solat Aidil Adha lebih afdal daripada solat Aidilfitri kerana terdapat nas dari al-Quran yang menyebut tentangnya, sebagaimana firman Allah SWT:

Oleh itu, kerjakanlah solat (Aidil Adha) kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (al Kauthar: 2)

Dalil ini juga menunjukkan bahawa ibadah yang dituntut pada Aidil Adha bukan setakat ibadah jasad iaitu solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbanan harta iaitu melakukan korban.

Ibadah korban merupakan sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkannya bagi orang yang berkemampuan. Rasulullah SAW sendiri memberi amaran kepada orang yang enggan berkorban.

Ini sebagaimana sabdanya:

“Sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkorban tetapi tidak berkorban, maka jangan hadir di tempat solat kami”.

Sesiapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya pada titik pertama darah sembelihan korbannya.

Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya, akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.

Aidil Adha adalah Aidil Akbar (Raya Terbesar) bagi umat ini kerana banyaknya pembebasan dari neraka atau pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari sebelumnya iaitu hari Arafah.

Tidak dilihat pembebasan dari neraka yang lebih banyak daripada pembebasan pada hari Arafah seperti yang disebut dalam hadis. Sesiapa yang telah dibebaskan, maka keesokannya adalah hari raya baginya.

Sekiranya tidak, maka dia berada jauh dari rahmat Allah dan dijanjikan dengan seburuk-buruk balasan.

Justeru, sementara kita masih diberi ruang dan kemampuan, marilah bersama-sama kita merebut peluang keemasan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita semata-mata kerana kasih dan sayang-Nya terhadap kita.


Oleh: PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA
NEGERI SEMBILAN

Sunday, November 22, 2009

::Disentuh Kala SENJA::

Di kala senja menjelma

Rona merah menyapa

semilir bayu lembut meniup

ku menyendiri sepi

Membaca lubuk hati

Sedari diri yang semakin jauh





jauh dan

semakin jauh..



Meninggalkan hari ini


sedih..pilu..sayu..



::Sudah cukupkah amalan hari ini untuk bertemuNya::







Terimalah Taubat ku Ya Rahman Ya Rahim.
Muhasabah Cinta buat PENCIPTA.


"Hidup ini Indah KeranaNya"

Thursday, November 12, 2009

::Masih Birukah Langit Di Sana::




Subhanallah wa lhamdulillah. Bertadabbur dengan alam sambil memuji kehebatan Sang Pencipta. Keindahan langit yang terbentang luas. Biru. Sungguh mengasyikkan. Deruan angin lalu yang tidak henti berderu menzikirkan kalimah Tuhan. Awan gemawan gebu turut menghiasi dada langit yang menaungi bumi tanpa tiang-tiang sakti. Sungguh HEBAT ciptaan Mu Ya Allah. Betapa kami merasakan kerdil diri ini. Tidak terjangkau dek akal dan ilmu kami.

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ فِرَاشاً وَالسَّمَاءَ بِنَآءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقاً لَّكُمْ فَلاَ تَجْعَلُواْ للَّهِ أَندَاداً وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ [البقرة:22

Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan dan langit sebagai atap. Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia hasilkan dengan hujan itu buah buahan sebagai rezeki untuk kamu. Dan janganlah kamu mengada-adakan tandingan bagi Allah.padahal kamu mengetahui.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Biru dan biru itu mempesonakan mata ku yang memandangnya. Sambil merenung langit pernah aku suarakan kata hati ini padamu. Aku ingin terbang menggapai langit. Kamu diam sambil tersenyum. Aku teruskan sahaja cerita hati ini. Aku mahu terbang dan berehat di awan gemawan itu bersama kamu. Kerana aku berasa selesa, selamat dan gembira untuk sentiasa bersamamu. Hati ini tidak menipu . Aku mahu lihat seluruh alam ini di atas sana. Bersama-sama kamu. Ya kamu. Aku masih mahu meneruskan cerita itu. Kamu merendahkan tubuhmu dan mendekati aku sambil memegang erat jari jemari ku.
Memandang jauh terus ke dalam mataku dengan senyuman . Aku membalas tenungan cintamu.
Senyum.

"Siapakah yang menciptakan LANGIT??"

Siapa?? Aku termangu.

"Allah. Allah lah yang menciptakan langit, manusia pun Allah yang ciptakan. Malah bumi dan seluruh isi alam ini. Allah sangat menyayangi hambaNya dan kita hendaklah sentiasa memuji-mujiNya. Maka ucapkanlah SubhanaAllah."

SUBHANALLAH. Aku angguk. Tanda menerima.

Allah. Ya, Allah itu Pemilik Alam dan seluruh isi dunia.


* * * * * * * * * * * * * * * * *

Aku masih terkenang tatkala penerbangan pertama merentasi awan dan terasa begitu dekat dengan langit biru itu. Aku pejamkan mata. Membayangkan dirimu yang sedang berada di sisi ku. Mengimbas semula cerita hati ku dulu. Mungkin tidak mampu ku gapai langit itu apatah lagi duduk di atas gemawan yang kelihatan putih gebu itu.
Aku makin membesar dan semakin memahami erti hidup. Terima kasih EMAK. Mengajar aku mengenal Allah dan mengenal dunia dan kehidupan. Sungguh aku menyayangi dirimu.

Hari ini merupakan hari lahir mu yang ke-57. Terlalu besar pengorbananmu dalam membesarkan diri ini. Semoga dirimu sentiasa dalam kerahmatanNya. Tiada hadiah istimewa daripada ku melainkan doa tulus dari kejauhan buatmu emak yang sentiasa di dalam hati ku. TERIMA KASIH MAK.

Masih Birukah Langit Di Sana?? Atau mendung yang menyelubungi??
Biru atau tidak itu bukan lah persoalannya bukan??
Semoga dirimu sentiasa sihat dan gembira..

13NOV2009

Yang Menyayangi MAK..
-AKAK-

"Indah Hidup Ini KeranaNya"

Wednesday, November 4, 2009

Akhlak Mulia




Keunggulan Akhlak..

Wajah yang menyenangkan, Kalam yang Baik

Kurangnya Marah dan Mampu Menerima Kesusahan.

Wednesday, October 28, 2009

::Ombak Dunia::

Alhamdulillah masih diberikan peluang bernafas dan merasai manisnya hidup di dalam rahmat serta kasih sayang Nya..Hembusan penuh kesyukuran serta dakapan keinsafan kerana masih merasai hidupnya siang dan malam yang penuh dengan kenikmatan .

Kesibukan hidup menguruskan umur duniawi bukanlah alasan mengabaikan bekalan ukhrawi. Simpan saja keluhan lelah itu, semoga Allah menggantikan dengan nikmat syurga Nya.

Sering sahaja manusia mahu berhidup dalam kenangan semalam walaupun telah jauh pergi saat itu dan mustahil sahaja untuk kembali.

Mengejar nilai prestasi ibadah. Menilai graf ikhlas yang sedikit demi sedikit menjadi pertikaian dalam diri. Thabatkan hati ini untuk kekal di jalan Nya.
Martabat khalifah di muka bumi menjadi persoalan. Tunggakkan hak untuk pencipta dan kekasihNya serta makhlukNya. Masih lagi termangu seorang diri.

Tanggungjawab ibnu sabil yang katanya berjuang demi agamanya itu bukanlah semudah menerima not-not nilai dirham yang ku belanjakan. Bukan mudah.

Panjangnya butir-butir doa yang basah di bibir mereka yang kasihnya tidak pernah terpadam untuk diri ini. Betapa ku hargai nilai cinta dan kasih sayang mu Ya Rabbi dengan menghadirkan insan-insan terbaik di dalam hidup ini.

Ya Allah tuntunlah diri ini dalam menggapai redha Mu. Semoga ombak dan badai menjadikan diri ini lebih kuat berlayar di lautan kehidupan di dunia ini.

“Indahnya hidup ini keranaNya”

Sunday, September 20, 2009

::SALAM AIDILFITRI::




Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah masih diberikan nikmat untuk bernafas dan menunaikan ibadah kepada Allah..

Bagai baru mengucapkan marhaban kepada Ramadhan Syahru Barakah, kini terpaksa kita meninggalkannya dan Syahru Syawal yang akan bertamu. Alhamdulillah atas segala nikmat Nya..Semoga Allah pertemukan lagi dengan Ramadhan..insyaallah..amin.

Kepada keluarga, saudara mara, guru-guru dan sahabat-sahabat sekalian. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Eid Mubarak Said.. Kullu am wa antum bekhaer..
Maaf Zahir dan Batin..

Semoga kesempatan menyambut aidilfitri diraikan dengan penuh keimanan. Dan jangan dilupakan adab-adab ketika merayakan aidilfitri dan teruskan ibadah ketika mana kita berada di madrasah Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan istiqamah..


Kepada emak dan abah serta keluarga semua tidak perlu bersedih dengan ketiadaan puteri mu di sisi di saat menyambut aidilfitri. Insyaallah di sini semua baik-baik walaupun mungkin tidak semeriah di sana..
Pengalaman berjauhan sebenarnya lebih banyak mengajar erti tanggungjawab, pengorbanan dan kasih sayang..




:SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI:
MAAF ZAHIR DAN BATIN
1 Syawal 1430 hijrah





Thursday, September 17, 2009

::Special Recipe From Morocco For IFTAR::


One staple food item that almost every Moroccan family has for break fast, is the hearty meat and lentil soup called the Harira.

The Harira Recipe

A Moroccan Soup Served at Sundown to Break the Ramadan Fast




Ingredients:

1/3 cup Flour
1/2 cup Chick peas
1/2 lb Lean lamb or beef diced
2 Large onions, chopped
1/4 ts Saffron
2 tb Paprika
1 Soup bones
1 tb Butter
2 tb Salt
1/2 ts Pepper
1/2 cup Dried broad beans
1 1/2 lb Tomatoes
1 Bunch parsley
1 Bunch fresh coriander
1 tb Butter
1/3 cup Rice
1 Lemon
1/2 cup Lentils

Method:

1) Soak overnight 1/3 cup flour in 1 cup water; 1/2 c lentils in water to cover. Brown in lightly oil deep pan lamb, onions, saffron and paprika (increase or decrease according to taste).

2) Add 6 cups of water, soup bones, butter, salt, pepper, chick peas with skins popped off and discarded, and the dried broad beans which have been washed and cleaned. Simmer, covered, for 2 hours or more.

3) 20 mins before serving, pour through a food blender into the soup pan (or blend with one cup of water) the tomatoes, parsley, coriander & the flour and water paste. Add 3 cups of water, and when it returns to boil, add the vermicelli.

4) When the vermicelli is cooked, add 1 Tb butter and lemon juice (or serve a wedge of lemon with each bowl to be squeezed on the soup). The soup should be smooth and slightly thick in consistency; add water or flour to thicken and adjust, if needed.


Saya yang tengah kegilaan untuk makan harira air tangan orang arab. Walaupun orang melayu cuba masak tapi rasa dia tetap tak sama macam orang arab yang masak...emm...



Moga dipertemukan dengan Lailatul Qadar..aminn




Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. (HR Muslim )

Diriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan i'tikaf di dalam masjid pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan. (HR Muslim )

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang ertinya), “Barangsiapa berdiri solat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata, "Ya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, apa pendapat mu jika aku tahu bila akan berlaku malam Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii". ("Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku.”) (HR Tirmidzi)


“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii"

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem....





Firman ALLAH Ta’ala :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.


"Ya Allah berikan kepada kami barakah pada bulan Rejab, saya'ban dan berikanlah kami kesempatan untuk berjumpa kembali dengan ramadhanMu yang suci...kabulkanlah ya Allah..."

Ungkapan di atas merupakan untaian doa yang dilantunkan oleh para sahabat enam bulan sebelum orang-orang yang di cintai Allah tersebut bertemu dengan bulan Ramadhan. Boleh kita bayangkan betapa berharga dan istimewanya Ramadhan bagi mereka sehingga kedatangannya sangat dinanti-nanti dan dirindukan, hingga Rasulullah
menyatakan: "Sekiranya ummatku mengetahui akan kandungan yang dibawa bulan Ramadhan, maka semuanya akan berharap agar sepanjang tahun berisi hanya bulan Ramadhan".

Bagaimana dengan kita, apakah Ramadhan merupakan satu perkara yang istimewa
di hati kita ?


Berazamkah kita untuk menjadikan peluang Ramadhan kali ini lebih baik??

InsyaAllah..Jom hidupkan dan persembahkan amal ibadah kita dengan penuh keikhlasan.

Stepping in a new month..
A blessed month..
A month of purifying soul..
A month of improving 'ibadah..
A month of happiness..
A month of Lailatul Qadr..
A month which is full of ni'mah n barokah


Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan

RAMADHAN KAREEM....





Sunday, August 16, 2009

Cuti oh Cuti

Alhamdulillah dengan kasih sayang Allah kita masih mampu menikmati segala nikmatNya. Apa khabar iman kita? Ibadah kita? Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita dan semoga dithabatkan dalam perjuangan islam.

Masih dalam fatrah cuti musim panas. Aktiviti berubah seperti yang dirancang. Semoga cuti dimanfaatkan dengan sebaiknya. Memilih untuk tidak keluar bermusafir bukanlah pilihan saya. Nampak lebih seronok dan teruja bilamana sepupu kak Hanisah dari Amerika datang bercuti di sini. Kak Nis Ilyani. Namun pesan mak dan abah agar tidak ke mana-mana atas dasar berhati-hati dengan keadaan semasa. Terpaksa akur kerana keizinan ibubapa adalah segalanya. Perasaan ingin menziarahi tempat-tempat yang semestinya dipenuhi pelancong-pelancong asing menjadi alasan. Mungkin masih ada peluang lain kan...

Sebenarnya masih banyak perkara yang perlu diselesaikan cuti ini. Jadi tidaklah begitu terkilan untuk membuat keputusan untuk tidak menyertai mereka untuk bermusafir jauh dan luar dari kawasan biasa. Tapi sebenarnya kalau ikut kan hati memang nak join ke Bandar Biru Chefchaaouen.


Chefchaouen



Bandar Biru


Biru yang tenang

Tiba-tiba mengalami satu perasaan. Perasaan untuk berkongsi pengalaman sebelum sampai di bumi Maghribi ini. Alhamdulillah..Allah merupakan sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui..

Bermula al kisahnya selepas seminggu temuduga yang menakutkan itu, saya mendapat panggilan daripada Ust Hatta dari Majlis Agama Islam N9. Ummi Noraini a.k.a cikgu BM saya pun menemani saya untuk mengesahkan persetujuan tawaran tersebut. Sungguh memeranjatkan bilamana nama saya tidak diletakkan di dalam senarai pelajar yang akan ke Jordan. Morocco??? Ummi cuba tenangkan saya. Tiada idea. Dalam fikiran saya hanya mahu menolak dan cuba mempertimbangkan tawaran ke IIUM. Saya cuba menghubungi mak. Kata mak "Kadang-kadang peluang yang hadir dalam hidup kita hanya sekali dan mungkin tidak akan datang lagi." Raut wajah ceria emak ketika ditelefon ust Hatta semalam lantas ku terbayang. Harapan mak yang besar itu ku terima. Kegembiraan mak juga merupakan kegembiraan ku...




Pusat Dakwah Islamiah Paroi N.Sembilan.

Alhamdulillah Program Itensif Timur Tengah (PITT) merupakan pengalaman yang sungguh berharga. Setiap pagi menghafaz al-quran, belajar bahasa arab, bahasa ammi dan ceramah-ceramah daripada pelajar-pelajar lepasan luar negara. Sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang tidak membosankan. Dikelilingi sahabat-sahabat dan mereka-mereka yang mempunyai asas agama yang kuat dan tidak kedekut berkongsi ilmu. Namun yang paling tidak boleh dilupakan makanan yang disediakan. Sangat sedap..




Semoga terus bersemi ukhuwwah mencambahkan cinta dan redha Ilahi


Kemudian di sambung dengan Kelas Bahasa di Markaz NIL di Mesir. Selama 2 bulan belajar bahasa arab dengan orang Arab. Sungguh berbeza suasana dan cara pembelajarannya. Ustazah Shaima' yang sangat best dan selalu menjadikan kelas riuh-rendah dan meriah dengan celotehnya.



Jamuan Akhir setelah 2 bulan di Markaz NIL



Nanti saya akan sambung pengalaman di Mesir. InsyaAllah.. Have a nice trip sis Nisah n sis Nis.


Wednesday, August 5, 2009

Mencari Erti Hidup

Dalam mencari erti hidup kita sering tersungkur
Lalu dengan seribu kesungguhan kita bangun
Dengan kekuatan kita berdiri
Dan terus berdiri tegap menentang segala aral.

Dalam mencari erti hidup kita sering alpa dengan seribu madah dan dengan seribu khayalan.

Dalam mencari erti hidup kita sering menangis atas kesilapan lalu,
atas dosa lampau,
atas kejatuhan silam.

Dalam mencari erti hidup juga kita kenal erti segalanya,
kita mengenal..
Erti Sahabat
Erti Orang yang disayangi
Erti gunting dalam lipatan
Erti kepayahan
Erti kedukaan..

Dan dalam mencari erti hidup..
Kita temui sinar bahagia dan
Kita jauhi derita..

Apabila kita kembali dan pasrah padaNya
Tika itulah kita temui ERTI HIDUP yang sebenar.

Terima kasih Allah atas segala nikmat Mu...

5Ogos2009
Himayatul lu'lu'ah
Rabat, Morocco

Sunday, August 2, 2009

Irsyadus Sufi @ IS di Festival Nasyid Kebangsaan





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Irsyadus Sufi @ IS berjaya ke Festival Nasyid peringkat kebangsaan bagi mewakili Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan semoga dithabatkan hati kalian untuk menyampaikan dakwah islamiah. Menjadikan nasyid sebagai wasilah untuk menarik insan untuk lebih dekat dengan Allah dan membakar perjuangan dalam menegakkan agama Allah. Terubat rasa ingin melihat kalian beraksi di pentas. Terima kasih kepada mereka yang sudi upload video ini walaupun tidak berapa jelas. Jom kita dengarkan sama-sama.









Berikut merupakan keputusan pertandingan: (kredit kepada Pyan Saujana)

SEKOLAH MENENGAH:
Johan: Johor (SMKA Maahad Muar)
Kedua: KL (SMK WM2)
Ketiga: Pahang (SMK Bkt Rangin)

Lagu Tema Terbaik: Selangor (SMAP Kajang)
Lirik Tema Terbaik: Johor (SMKA Maahad Muar)
Lagu PPnP Terbaik: N9 (SBPI Jempol)
Vokalis Terbaik: KL (SMKWM2)

Semoga Irsyadus Sufi terus maju jaya. Namun saya masih tertanya-tanya mengapa pertandingan nasyid seperti ini membenarkan pasukan nasyid daripada kalangan pelajar perempuan. Jika ada seorang penasyid yang cuba mengkiaskan hukum penyanyi nasyid wanita dengan sebilah pisau, saya tidak merasakan itu cukup untuk menguatkan hujahnya untuk membenarkan wanita bergelar penasyid dan beraksi di khalayak ramai.

Saturday, July 25, 2009

KITA HIDUP UNTUK MATI DAN MATI UNTUK HIDUP"




Alhamdulillah dengan limpah serta kurniaan Maha Kuasa yang tidak bertepian semoga menjadikan diri yang kerdil ini lebih bersyukur dan menjauhkan kekufuran nikmat yang membawa diri jauh dari Nya. Selawat serta salam buat kekasih Allah Muhammad yang sentiasa ku dambakan syafaatnya. Tersedar yang diri ini masih berpeluang untuk menikmati kehidupan yang cuma sementara ini.

Semalam dan semalam yang pergi banyak mengajar erti hidup. Kekesalan dengan apa yang berlaku sebenarnya bukanlah suatu kesilapan, cuma kekesalan itu perlu dilengkapkan dengan menilai kembali apa yang telah berlaku dan setepatnya muhasabah diri dengan apa yang telah berlaku.




Kita pasti akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini dan menghadap Pencipta yang Maha Esa.

Dikejutkan dengan pemergian Akh Nabil Marwan, antara senior sekolah menengah yang amat dikagumi. Allahyarham yang khabarnya tiba-tiba jatuh sakit dan pergi buat selamanya. Sedih...Namun kesedihan itu perlu disertakan dengan keinsafan.

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran:145)


"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali Imran:185)

"Ketika aku bertemu kehidupan (duniawi) ku temui bahawa akhir kehidupan adalah kematian, namun ketika aku bertemu kematian, aku temui kehidupan abadi. Oleh itu, kita harus prihatin dengan kehidupan duniawi dan bergembira dengan kematian. KITA HIDUP UNTUK MATI DAN MATI UNTUK HIDUP"


Sunday, July 19, 2009

Tag Amal Dan Nilai Persahabatan


Kepada sahabat yang disayangi dan dihormati maaf di atas keterlewatan memberikan respons untuk tag ini.. Apa pun yang terjadi percayalah yang ukhuwah kita tidak akan terputus kerana cintaNya.

Selamat berjuang sahabat ku Anis Qurratu Aini binti Jamaluddin. Harap-harap cepat sihat dan jangan lupa makan ubat.


syukran, terima kasih, thank you , merci, gracias..hehe~..moga berkekalan PERSAHABATAN kita..:)

Peraturannya mudah sahaja:-

Sahlan jiddan2.... Mai check this out..

1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak pa. Mudah dan menjimatkan masa. harapnya mcm 2 la.

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Labih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah.

Peraturan kedua ini saya terpaksa menolaknya..:) takpe kan achik~

::Alhamdulillah, dapat juga update farahimani saya...

Wednesday, June 17, 2009

Teruskan Perjalanan Hidup....





Manusia yang fitrahnya seringkali lupa dan kelupaan bukan alasan untuk tidak bergerak dan menuju kehadapan..Tahukah kita bahawa muktakad (keyakinan) yang kita kukuh di dalam akal batin kitalah yang akan mempengaruhi setiap apa yang kita lakukan. Jika kita punyai muktakad yang ijabi (positif) maka setiap apa yang kita lakukan semuanya akan jadi positif. Jika kita punyai muktakad yang sebaliknya maka semua akan jadi tak kena, maksudnya negatif la kan.


Sesungguhnya muktakad itu membina suluk (akhlak)...Akhlak yang baik bermula dari muktakad yang yang ijabi dan sahihah.....sesungguhnya Nabi Muhammad mulakan dakwah islamiyah dengan akidah, yakni pembentukan muktakad sahihah kerana keyakinan yang kukuh dalam diri akan terzahir dengan perbuatan insan itu sendiri.

Barmajah alLughawiyah alAsabiah??

Program Linguistik Neuro...

selesai imtihan untuk subjek Usul Tarbiyah Islamiah dan Iktisad Islami tadi...alhamdulillah..


Buat kak khadijah khalilah ku...akak balik Malaysia 26 jun ya? exam habis 22hb itupun kalau lepas semua..doa2 saya dan sahabat2 semua najah dengan cemerlang...sempat ke saya nak ke Rabat untuk ziarah akak?? harap2 saya sempat jumpe akak sebelum akak fly ke Malaysia..isk2 sedihnya...

Esok dan seterusnya masih berbaki exam tapi masih sempat nak belek-belek farahimani saya ni..:)

sambung balik study.....

Thariq bin Ziyad: Panglima Penakluk Andalusia




i. SIAPAKAH TARIQ BIN ZIYAD?


Mengenai asal-usul dan sejarah hidupnya, sangat sedikit buku sejarah yang menceritakannya. Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata. Dia merupakan bekas seorang budak yang kemudian dimerdekakan oleh Musa bin Nushair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan di tangan Musa inilah Thariq memeluk Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya yang tunduk di bawah kekuasaannya setelah penaklukkan daerah Tanja. Di kisahkan bahawa setelah masuk Islam, mereka menjalankan agama Islam dengan baik. Oleh kerana itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al-Qur’an dan ajaran-ajaran Islam. Setelah itu Musa mengangkat Thariq, yang merupakan perajurit Musa yang terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Maroko dengan kekuatan 19,000 tentara dari bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya. Apa yang pasti, Thariq merupakan antara kerlipan bintang yang bersinar setelah kewafatan Rasulullah s.a.w dan slps zaman Khilafah Ar-Rasyidin.

ii. BERMULANYA PENAKLUKAN KE ATAS ANDALUSIA

Ini bertepatan dengan mendung hitam yang melanda Sepanyol dengan kekejaman penjajah Eropah yang pada ketika itu dikuasai oleh Raja Bangsa Gothik yang kejam bernama Raja Roderick. Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanausiaan. Raja dan kroni-nya bersuka ria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian danYahudi, berhijrah ke Afrika untuk mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Dan saat itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur dan mempunyai toleransi yang tinggi kerana berada di bawah naungan pemerintahan Islam.

Satu dari jutaan penghijrah itu adalah Julian, Gabenor Ceuta yang puterinya Florinda telah dinodai oleh Roderick. Mereka memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu. Setelah mendapat persetujuan Khalifah, Musa melakukan pengintaian ke atas pantai selatan Sepanyol.

Akhirnya, pada bulan Rejab tahun 97 H (bersamaan Julai 711 M), Musa bin Nushair memerintahkan pembantunya Thariq bin Ziyad untuk menyerang Semenanjung Sepanyol dengan memimpin 12,000 tentera Muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah yang dipisahkan oleh Lautan Mediterranean sejauh 13 batu ini dengan kapal-kapal pemberian Julian, Gabenor Ceuta.

iii. PEPERANGAN MENENTANG NASRANI DI ANDALUSIA

Setelah mendarat di pantai karang, Thariq dan pasukannya berhadapan dengan 100,000 tentera Visigoth di bawah pimpinan Roderick. Kedatangan pasukan Thariq ini menimbulkan kehairanan kepada Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja Roderick, kerana tentera Islam datang dari arah yang tidak diduga-duga, yaitu dari arah laut.

Pada mulanya, bilangan tentera Kristian yang besar ini menggerunkan tentera kaum Muslimin. Namun, Thariq dengan pantasnya mengumpulkan tentera Muslimin di atas sebuah bukit karang, dan Thariq berucap memberi dorongan jihad di atas bukit itu. Bukit itu kini dikenali sebagai Jabal Thariq (bukit Thariq) yang kemudiannya ditukar kpd Gibratar.

Di atas bukit karang setinggi 425m di pantai Tenggara Sepanyol inilah Thariq memerintahkan pembakaran semua kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Tentu saja perintah ini membuat tentera kaum Muslimin kehairanan. “Kenapa anda melakukan ini?” tanya mereka. “Bagaimana kita akan kembali nanti?” tanya yang lain.
Namun Thariq tenang dan tetap pada pendiriannya. Dengan gagah berani Thariq berseru,

”Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan,menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid”.

Keberanian dan perkataannya yang luar biasa menggugah Iqbal, seorang penyair Persia, untuk menggubahnya dalam sebuah syair berjudul ”Piyam-i Mashriq” :

“Tatkala Tariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Sepanyol), Perajurit-perajurit mengatakan bahawa, tindakannya itu tidak bijaksana. Bagaimana mungkin mereka kembali ke negeri asal, dan peralatan peperangan adalah bertentangan dengan hukum Islam. Malahan kekuatan bilangan tentera musuh melebihi ribuan dari tentera kaum Muslimin. Mendengar itu semua, Tariq menghunus pedangnya, dan menyatakan bahawa setiap negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita.”

Bulatan merah merupkan tempat bukit karang Thariq berucap.

Kata-kata Thariq itu bagaikan mencabut cambuk yang meledakkan semangat tentera Muslimin yang dipimpinnya. Bala tentara Muslimin yang berjumlah 12,000 orang mara melawan tentara Gothik yang berkekuatan 100,000 tentara. Pasukan Kristian jauh lebih unggul baik dalam jumlah maupun persenjataan. Namun semua itu tak mengecutkan hati pasukan muslim setelah mendengarkan pidato dari Thariq yang menggentarkan jiwa mereka untuk memburu syahid Allah.

Tanggal 19 Julai 711 M, pasukan tentera Muslimin dan Nasrani bertemu dan bertempur dekat muara sungai Barbate. Thariq memecahkan pasukannya menjadi 4 kelompok, dan menyebarkan mereka ke Cordoba, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersama pasukan utamanya menuju ke Toledo, ibukota Sepanyol. Semua kota-kota itu menyerah tanpa perlawanan sukar. Kecepatan gerak dan kehebatan pasukan Thariq ini berhasil melumpuhkan pasukan tentera bangsa Gothik. Bahkan Raja Roderick sendiri awal-awal telah tewas di sungai Barbate. Kemenangan Thariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.

Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum meraih kemenangan ini, Thariq telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama keempat-empat Khalifah Khulafa’ Ar-Rasyidin berjalan di atas air hingga menjumpainya, lalu Rasulullah s.a.w memberitakan khabar gembira bahawa dia akan berhasil menaklukkan Andalusia. Rasulullah s.a.w menyuruhnya untuk selalu bersama kaum Muslimin dan menepati janji.

iv. SELEPAS PENAKLUKAN ISLAM KE ATAS SEPANYOL

Rakyat Sepanyol yang telah sekian lama tertindas dengan penjajahan bangsa Gothik, mengalu-alukan kedatangan tentera Muslimin. Selain itu, perilaku & akhlak Thariq dan orang-orang Islam begitu mulia menyebabkan disayangi oleh bangsa-bangsa yang ditaklukkannya.

Salah satu pertempuran paling hebat terjadi di Ecija, yang membawa kemenangan bagi pasukan Thariq. Dalam pertempuran ini, Gabenor Musa bin Nusair telah bergabung dengan Thariq untuk mengalahkan tentera Nasrani.

Selanjutnya, kedua general itu bergerak mara terus berdampingan dan dalam kurun waktu kurang dari 2 tahun seluruh Semenanjung Sepanyol telah jatuh ke tangan Islam. Portugis kemudiannya turut ditakluk pula beberapa tahun kemudian. Ketika inilah nama Sepanyol telah ditukar kepada Andalusia.

Philip K.Hitti, pemerhati berbangsa Eropah telah menulis:

“Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling sensasional bagi bangsa Arab itu. Penaklukan ini membawa masuknya wilayah Eropah yang paling luas yang belum pernah mereka (tentera Islam) peroleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kecepatan pelaksanaan dan kesempurnaan operasi ke Sepanyol ini telah mendapat tempat yang unik di dalam sejarah peperangan abad pertengahan.”

Penaklukkan Sepanyol oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui. Ketidak toleransi dan penganiayaan yang biasa dilakukan orang-orang Kristian dan bangsa Eropah telah digantikan oleh toleransi yang tinggi dan kebaikan hati yang luar biasa.

Keadilan ditegakkan tanpa pandang bulu, sehingga jika tentara Islam yang melakukan kekerasan akan dikenakan hukuman berat. Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang disita. Orang-orang Islam memperkenalkan sistem perpajakan yang sangat jitu yang dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung itu dan menjadikan negeri teladan di Barat. Orang-orang Kristian dibiarkan memiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua komunitas mendapat kesempatan yang sama dalam pelayanan umum.

Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa kesan luar biasa. Orang-orang Kristian termasuk pendeta-pendetanya yang pada mulanya meninggalkan rumah mereka dalam keadaan ketakutan, kembali pulang dan menjalani hidup yang bahagia dan makmur.

Seorang penulis Kristian terkenal menulis:

“Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba dengan baik dan ia merupakan sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. sedangkan saat itu bangsa Eropah sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab.”

Thariq berhajat melakukan penaklukkan ke atas seluruh Eropah, tapi Allah menentukan lainnya. Saat merencanakan penyerbuan ke negara-negara Eropah, telah datang panggilan dari Khalifah untuk pergi ke Damaskus. Dengan disiplin dan kepatuhan tinggi, Thariq memenuhi panggilan Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di Damaskus. Tak lama kemudian, Thariq wafat di sana. Budak Barbar, penakluk Sepanyol, wilayah Islam terbesar di Eropah yang selama delapan abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya. Semoga Allah merahmatinya dan menerima ruh Thariq bin Ziyad ini.

Dataran yang menghadap puncak bukit karang, kini dipenuhi kawasan perumahan. Dibina semula mggunakan sketch-up softwares oleh artist Barat. Beginikah pemandangan yang dilihat Thariq?

Di perairan inilah dikerahkan Thariq kepada tentera Muslimin agar membakar kesemua kapal-kapal pasukan Islam. mmm..mcmne ye kalu kita bleh imagine??

Latest satellite image yang menunjukkan pembangunan pesat di Sepanyol skrg. Cuma sayang, kota yang satu ketika dulu penuh ngn kerlipan tamadun Islam kini dijajah semula oleh musuh Allah.

Dalam masa kurang 2 tahun, pasukan Islam berjaya menguasai seluruh Semenanjung Sepanyol. Anda bleh imagine ngn keluasan muka buminya yang berbukit-bakau ini?

Rujukan: Gambar-gambar lain model dirujuk dari http://www.discovergibraltar.com/mainlogo/mainfrm.htm

*terima kasih utk En.Shah dari IGP consulting utk browse website ini*

Sumber lain:

1.http://kisahislam.wordpress.com/2007/05/28/tariq-bin-ziyad-mengukir-karang-dengan-
namanya/

2.http://tovan.wordpress.com/2006/04/28/panglima-penakluk-spanyol/#more-58

3.From: Charles F. Horne, ed., The Sacred Books and Early Literature of the East(New York: Parke, Austin, & Lipscomb, 1917), Vol. VI: Medieval Arabia, pp. 241-242. Scanned by Jerome S. Arkenberg, Cal. State Fullerton. The text has been modernized by Prof. Arkenberg.

4.http://amirsaleem.wordpress.com/2005/02/10/tariq-ibn-ziyad/

5.KISAH PARA PENAKLUK: Kisah Para Panglima Perang Muslim Menaklukkan Dunia.
Oleh:Abdul Mun'im al-Hasyimi

Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
http://www.ummitariq.blogspot.com/

p/s:: Buat sahabati mahbubah Nurul Atiqah bt Ghazali, maafkan saya..Lupa itu sifat insan kerdil seperti ku...