Thursday, November 12, 2009
::Masih Birukah Langit Di Sana::
Subhanallah wa lhamdulillah. Bertadabbur dengan alam sambil memuji kehebatan Sang Pencipta. Keindahan langit yang terbentang luas. Biru. Sungguh mengasyikkan. Deruan angin lalu yang tidak henti berderu menzikirkan kalimah Tuhan. Awan gemawan gebu turut menghiasi dada langit yang menaungi bumi tanpa tiang-tiang sakti. Sungguh HEBAT ciptaan Mu Ya Allah. Betapa kami merasakan kerdil diri ini. Tidak terjangkau dek akal dan ilmu kami.
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ فِرَاشاً وَالسَّمَاءَ بِنَآءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقاً لَّكُمْ فَلاَ تَجْعَلُواْ للَّهِ أَندَاداً وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ [البقرة:22
Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan dan langit sebagai atap. Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia hasilkan dengan hujan itu buah buahan sebagai rezeki untuk kamu. Dan janganlah kamu mengada-adakan tandingan bagi Allah.padahal kamu mengetahui.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Biru dan biru itu mempesonakan mata ku yang memandangnya. Sambil merenung langit pernah aku suarakan kata hati ini padamu. Aku ingin terbang menggapai langit. Kamu diam sambil tersenyum. Aku teruskan sahaja cerita hati ini. Aku mahu terbang dan berehat di awan gemawan itu bersama kamu. Kerana aku berasa selesa, selamat dan gembira untuk sentiasa bersamamu. Hati ini tidak menipu . Aku mahu lihat seluruh alam ini di atas sana. Bersama-sama kamu. Ya kamu. Aku masih mahu meneruskan cerita itu. Kamu merendahkan tubuhmu dan mendekati aku sambil memegang erat jari jemari ku.
Memandang jauh terus ke dalam mataku dengan senyuman . Aku membalas tenungan cintamu.
Senyum.
"Siapakah yang menciptakan LANGIT??"
Siapa?? Aku termangu.
"Allah. Allah lah yang menciptakan langit, manusia pun Allah yang ciptakan. Malah bumi dan seluruh isi alam ini. Allah sangat menyayangi hambaNya dan kita hendaklah sentiasa memuji-mujiNya. Maka ucapkanlah SubhanaAllah."
SUBHANALLAH. Aku angguk. Tanda menerima.
Allah. Ya, Allah itu Pemilik Alam dan seluruh isi dunia.
* * * * * * * * * * * * * * * * *
Aku masih terkenang tatkala penerbangan pertama merentasi awan dan terasa begitu dekat dengan langit biru itu. Aku pejamkan mata. Membayangkan dirimu yang sedang berada di sisi ku. Mengimbas semula cerita hati ku dulu. Mungkin tidak mampu ku gapai langit itu apatah lagi duduk di atas gemawan yang kelihatan putih gebu itu.
Aku makin membesar dan semakin memahami erti hidup. Terima kasih EMAK. Mengajar aku mengenal Allah dan mengenal dunia dan kehidupan. Sungguh aku menyayangi dirimu.
Hari ini merupakan hari lahir mu yang ke-57. Terlalu besar pengorbananmu dalam membesarkan diri ini. Semoga dirimu sentiasa dalam kerahmatanNya. Tiada hadiah istimewa daripada ku melainkan doa tulus dari kejauhan buatmu emak yang sentiasa di dalam hati ku. TERIMA KASIH MAK.
Masih Birukah Langit Di Sana?? Atau mendung yang menyelubungi??
Biru atau tidak itu bukan lah persoalannya bukan??
Semoga dirimu sentiasa sihat dan gembira..
13NOV2009
Yang Menyayangi MAK..
-AKAK-
"Indah Hidup Ini KeranaNya"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam
ingatlah ibu kita dan doakannya selagi nyawa dikandung jasad.
kerana tiada satu apa barang pun yang lebih berharga dalam dunia ini selain ibu kita..
kat sini sekarang suda musim hujan, so langit tak biru macam selalu, kelabu je memanjang.. :D
>>Handrifter86
shukran sbb sudi singgah di farahimani saya.
shukran juga kerana drop kn komen :>
jika tiada ibu kita siapalah kita kan..
kelabunya langit bermakna akan hujan kan..jadi jgn lupa sediakan payung sebelum hujan... ^-^
Post a Comment