Thursday, January 29, 2009
Cinta Agung
~Dalam meniti hari penuh kekosongan, di mana lagi harus ku mencari. Membawa sekeping hati
yang terlalu sarat kerinduan.
Rindu yang tiada haluan dan keliru yang terus memburu. Apa yang aku cari?Apa yang aku perlukan?Aku masih tak bisa mengerti namun yang pasti kekosongan ini minta diisi.
Sejenak aku tersedar. Aku yang mencari CINTA AGUNG. Jiwa ku yang merindukan hakikat kebenaran yang menjadi cahaya yang membelah kegelapan dan melimpah cemerlang
mengisi kekosongan.
Ku sedar bahawa destinasi pencarian ku di sini. Ku mencari Mu Tuhan dalam mengharap keredhaan lantas menagih kebahagiaan dari sinar cahaya keimanan.
~:: mesti kuat semangat..aja!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment