Tuesday, February 24, 2009

MASA: Nikmat Yang Seringkali Dipersia

Jamiah Al-Hassan At-Thani Ain Chock, Casablanca


Tirai semester 4 telah pun bermula. Pada mulanya agak payah untuk datangkan "study mode"
mungkin disebabkan cuti yang panjang selepas semester 3 lalu. Ditambah lagi kesihatan yang agak terjejas usai ber"usrah" di tepi pantai Mohemmadia Ahad lepas. Namun semua itu bukan alasan untuk kembali bersemangat ke kuliah seperti biasa.(tapi kalau boleh nak sentiasa luar biasa-extraordinary). Persediaan mental dan fizikal lantas dititik beratkan apatah lagi perjuangan di sini berada di pertengahan. Mesti "all out"...

Begitu pantas masa berlalu. Bagai baru berkerdip mata ini di saat melangkah ke medan juang di Maghribi ini. Di tahap manakah penguasaan ilmu di kuliah mahupun di luar kuliah? Mampukah menjadi seorang daie yang fasih berbahasa arab dan berhujah dengan dalil-dalil. Terfikir lantas terpana dengan soalan-soalan yang menerjah diri sendiri. Kalau dahulu di sekolah saya belajar "pantas" itu seperti kilat tapi boleh tak kalau saya katakan MASA itu lebih pantas dari kilat. Terasa bagai di awangan dan kerugian yang besar jikalau kita tidak mampu menguruskan masa dengan sebaiknya.

Malah Allah telah bersumpah dengan MASA , telah berfirman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian, kecuali orang - orang yang beriman dan beramal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran". ( Al-Asr:ayat 1-3 )

Demikianlah pesanan Allah s.w.t di dalam kitab-Nya kepada manusia supaya mereka
menguruskan masa dengan baik. Bahkan Allah s.w.t turut memberikan isyarat bahawa
selamanya manusia akan berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang menetapi ciri-ciri
berikut, iaitu:

- Beriman
- Beramal salih
- nasihat-menasihati dengan kebenaran
- nasihat- menasihati dengan kesabaran


Semalam yang penuh dengan kekesalan, hari ini yang disia-siakan, dan esok bakal dilalui tanpa perancangan. Alangkah ruginya duhai INSAN..

Soal dasar yang harus diutamakan dalam aspek pengurusan masa, baik dalam apa bidang
sekalipun ialah "berteraskan keimanan". Lantaran keimanan akan mendorong seseorang
bekerja dan beribadah dengan penuh kepatuhan kepada Allah s.w.t. Bahkan dengan
berbekalkan keimanan, selayaknya setiap kerja yang dilakukan tidak akan menjadi sia-sia.


Telah berkata Abdullah bin Mas'ud: " Belum pernah daku menyesal, melainkan penyesalan
daku di setiap hari apabila benam matahari. Semakin singkat umurku ini, sedangkan amalan
daku takut-takut tidak bertambah".


Kita melihat bagaimanakah seharusnya seseorang insan muslim patut 'mengolah' dan
membahagikan masa 'seelok mungkin', supaya mana-mana satu tugas yang menjadi
amanahnya tidak terjejas. Atau bagaimanakah sebagai insan Muslim kita boleh jadi lebih
'efficient'. Apakah pula aspek-aspek pengurusan masa yang perlu diutamakan?

Sudah pasti memerlukan kecekapan.Jadi antara perkara yang patut diutamakan ialah:

- Perancangan
- Perlaksanaan
- Penghasilan

Alangkah ruginya masa dan umur muda yang disia-siakan. Justeru itu, insan muslim harus
menggunakan setiap kesempatan masanya dengan betul dan bijaksana. Islam sangat
mengalakkan, malah menyuruh supaya kita mengisi "ruang waktu" yang ada
sepenuhnya. Ibadah yang boleh dilakukan hari ini jangan ditangguh-tangguhkan pula
pada esok hari.

Begitu pun , tidak semestinya setiap apa yang dirancang dan direncanakan oleh seseorang insan muslim itu dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebagai manusia, ada banyak perkara yang boleh melalaikan kita dari kerja-kerja seharian dan daripada mengingati Allah. Namun kita seharusnya sentiasa BERUSAHA sebaik mungkin dan sentiasa berdoa. Doakan senjata kita?


Berjuanglah selagi keupayaan kudrat masih milikmu dan beristiqamah dalam setiap amalan..

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya:

"Dua nikmat di antara nikmat-nikmat yang kebanyakan manusia kabur melihatnya, (iaitu nikmat) masa sihat dan masa lapang."

Oleh itu saya menasihati diri saya dan sahabat-sahabat semua agar sentiasa bersyukur dengan nikmat MASA yang telah Allah kurniakan. Apabila kita dikhabarkan tentang maut pasti semuanya akan takut. Hakikat yang perlu kita terima maut itu tidak ditetapkan waktunya. Adakah kita bersedia untuk menghadapi kematian? "Tepuk dada tanyalah iman"

Perjalanan di hadapan yang tidak mampu dijangka dengan berbekalkan fitrah insani yang sentiasa turun naik imannya.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya(untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talaaq, Ayat: 126).


Berdoalah dan bertawakkallah kepada Allah..

Waallahu a3lam..

Pendamba RedhaNya~


~ Saya Rajin!! Bersemangat untuk teruskan perjuangan..
buat Abang ku Amar Akmal, sahabat ku Nurul Marlina dan adik Muhammad Nur Amin SELAMAT HARI LAHIR... masa yang berlalu moga mampu mematangkan diri kalian mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran..

~ Rasa seperti nak demam. Mesti kuat :)

6 comments:

Farah Imani said...

testing2..

Bunga Merah said...

ehhe~bittaufeq tuk sem bru~

DAMAI said...

salam ukhuwwah buat kamu farah imani..

terima kasih kerana sudi singgah di sejadahijau ^^

teruskan semangat juangmu sayang...semoga kekuatan sentiasa menjadi milikmu bagi meniti hari2 mendatang^^

ZahirahzahiD said...

Ganbatte!!

Semoga segala urusan kamu juga dimudahkan..InsyaALLAH..

Kalau demam makan ubat..huhu~

Farah Imani said...

>>> wardatulhamra..
terima kasih sahabat ku di sana..bersama berjuang dalam keredhaanNya..amin..

Farah Imani said...

>>>DAMAI

syukran kerana sudi meyambut salam ukhuwah ku...terima kasih berikan kata2 semangat..doakan saya diberi kekuatan..amin

>>>ZahirahZahid

fighting2x..

mekasih kak..nanti saya makan ubat k..insyaAllah..