Thursday, August 26, 2010

Tinggallah KENANGAN

16 Ogos 2010, 12.30am, atas awanan, 41J Egyptair...


Kepada: Akak Farah Wahidah Hayati Ariaff...


Tinggallah KENANGAN

Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Bahagia dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
Terbayang kisah bersama
Kita tawa bergurau senda

Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah
Kini tinggallah KENANGAN
Tak mungkin dapat dilupa
Semusim telah berlalu
Air mata mengiring restu


Adikmu, Noraini Binti Abdul Muaziz..

Aini..awak buat saya hampir menangis sepanjang penerbangan..Puisi dan surat awak tu..sangat berharga untuk saya..maaf kalau saya tak dapat jadi akak yang baik untuk awak..(maaf sebab dah banyak kali saya ulang ayat ni..)


Kata hati ini..Susahnya nak lepaskan tangan antunna semua...mengapa hati ini terus diikat dengan kemanisan ukhuwah itu..walau pun diri ini kadang-kadang lemah dan diuji untuk mengenal nilai sebuah perhubungan..

Hari yang saya hitung dahulu, kini sudah tiada lagi.

Saya sedar hidup ini adalah perjuangan.

Perjuangan di sana hanya tinggal kenangan yang akan menjadi kekuataan untuk saya meneruskan kehidupan mendatang yang penuh dengan cabaran.

Kepada sahabat seperjuangan Mie, Tiqah, Trexx.. Khabarkan khabar antunna bila berada di Malaysia nanti ya. Mungkin nanti agak susah nak berjumpa lagi.
Kepada adik-adik saya, Aini, Zaty , Naei..:) Jangan lupakan saya!

Saya sangat berterima kasih dan memohon maaf yang tidak terhingga kepada semua akak-akak senior saya yang banyak membantu dalam mengenal hidup berdikari dan berani. Sahabat-sahabat yang tidak pernah lekang dengan kata-kata semangat dan adik-adik junior yang tidak pernah kering dengan celoteh cerianya.

Shukran jazilan juga kepada ahli wilayah dan semua sentiasa membantu tanpa jemu sepanjang saya berada di sana..

"Andai maut pemutus ikatan, moga kita berjumpa di dalam jannah hendaknya"..inshaAllah, shukran my dear warkah comel itu~




Semoga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik-baik balasan.inshaAllah..



26 Ogos 2010, Kaherah. Mesir.


6 comments:

almizzi said...

Slmat pulang ke Tanah air.
Truskan pjuangan mnuntut ilmu
di Malaysia pula =)

Shinju said...

Farah dah balik Malaysia eh? nanti nak no. phone...

setiap saat di airport adalah saat paling menyedihkan...=(

cm91 said...

kak farah,,,sayang akak,rindu akk,,,x suka nk ingt saat2 terakhir.....akk,,balik la kat sini...

cm91 said...

salam
kak farah....sambung la belajar kat sini...kawan2 akk sume tny akk..mkcik2 arb sume tny khabar akk..mk cik jalilah selalu tny akk..aina farah?kaifahaluha alan?maza tafalu?akk rindunya kat akk...akk ingt lagi x kat ktrg?sunyi je xde akk...rindu nk gurau n nk gaduh ngan akk...doakn kitrg kat sini tau...sayang n rindu akk..

Anonymous said...

لقد كنت أعني إلى آخر عن شيء مثل هذا على صفحة الويب الخاصة بي وكنت أعطاني فكرة. هتاف.

Farah Imani said...

Al Mizzi: Shukran ust tarmizi. Bittaufiq wan najaha di sana.

Shinju: Rindu la kat akk. rajin2 update blog ya..hehe

Iaini Sayang: Sedihnya bila baca komen2 awak ni:( Apapun doakan saya kuat kat sini ya. saya gembira dapat kongsi cerita kisah suka duka dengan awak. terima kasih mjadi pendengar yg setia.Rindunya kat awak dan semua. Hanya Allah je yang tahu. Apa pun..kirimkan salam sayang sayang utk kawan2 arab dan org2 yang tanya ttg saya dan merindui saya..:) ada rezeki nak ke morocco lagi biiznillah:)