Wednesday, January 18, 2012

Bersama itu indah 1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah dengan kehendaknya masih mampu bernafas, melihat dunia dengan nikmat penglihatan, masih mampu mendengar bunyi bunyian indah di bumi Allah, masih punya hati untuk merasa pelbagai perasaan..

Sungguh indah bukan??

Nikmat yang tidak ternilai yang sering dilupai..

Namun janji Allah kepada kita yang tidak menggunakan hati, mata dan penglihatan dengan tepat itu adalah NERAKA..


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
Al A'raf:179


Itulah manusia kan..sentiasa lupa jika tidak diingatkan dengan ayat-ayat Nya..

Jika kita bersama-sama sahabat-sahabat yang soleh insyaAllah, kita mampu mengharungi dunia yang fana ini dengan kekuatan..

Alhamdulillah hari ini lebih kurang 4 bulan 10++ hari saya bekerja di Gabungan Wawasan Generasi FELDA sebagai Eksekutif di Jabatan Pendidikan dan Projek Khas.
Berbaki lebih kurang 5 hari untuk berkhidmat di sini..

Quit?

Tak...

Tapi berhijrah demi sebuah harapan yang realistik!

Sedikit potret suka duka yang dicoretkan di laman farahimani..

Mencatat sebuah memori indah perjalanan bersama kawan-kawan di GWGF.







Program pertama yang saya sertai lebih kurang seminggu melaporkan diri. Rumah Terbuka Hari Raya GWGF..

*Gambar 1: Bersama Suhaimi In Team, menjadi artis jemputan yang memeriahkan majlis.
3 daripada kiri staff Puncak Niaga, Liza, K.Husni, Suhaimi In Team, K.farhana, En. Haile

*Gambar 2: Bersama semua staff GWGF (tak dapat nak taip semua. ramai!) =)


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Majikan kami sangat prihatin dan amat menitik beratkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kami diberi training yang sentiasa menjana minda dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjadi insan yang berjaya..


Beruntungkan kami? tak perlu bayar mahal-mahal untuk join slot-slot berbayar di luar..
pssttt..walaupun ada yang merungut kena datang ofis hari cuti..hee..



* Gambar 1: Penerangan daripada Cikgu Sulaiman. Alhamdulillah memang best! =)

*Gambar 2: Ni masa kelas kemahiran berkomunikasi. Yang terlebih senyum tu kak zue..sedih sebab dia dah pindah=( satu jabatan dengan saya yang tak pernah lokek membantu.. miss u sis!


Ok, cukup! insyaAllah sambung nanti... =)

Assalamualaikum wbt..

Tuesday, January 17, 2012

No! I'm Happy






Bismillahirrahmanirrahim



Sememangnya diri tidak pernah lari daripada sifat sedih!

Ya..sekental-kental hati manusia pun, pasti akan tersentuh jua kan?

Biarpun ini bukan cubaan pertama..

Ini bukan juga cabaran yang terakhir..

Kerana aku tekad untuk terus di jalan ini..



Kesedihan ini..

Bukan kerana pemikiran dan pandangan yang berbeza..

Tapi mungkin kerana hati itu yang belum bersedia untuk berhijrah..

Mungkin hati itu yang berat meninggalkan kemanisan duniawi..

Manusia itu tidak sempurna..

Ya itu pasti..

Kita tidak mampu menjadi hebat?

Mengapa tidak?

Kita belum pun mencuba..

Tiada kata sehebat kata Ilahi, Tiada kata yang lebih hebat untuk mengisahkan peristiwa ini melainkan apa yang Allah sudah pun ceritakan di dalam Al-Quran betapa sukarnya menyampaikan kebenaran..


Yakin dalam apa jua cabarannya, bukanlah daya dalam memberikan cahaya tanpa izin Nya ..


Alif, Laam, Raa`. Ini ialah kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - kejalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji. Surah Ibrahim:1



Alhamdulillah hati dihiburkan oleh pesanan seorang ukhty yang sangat dikagumi dan disayangi..

Sesungguhnya Allah mengikat hati kami kerana perjuangan ini...


Aku dihiburkan aku dengan kata-kata Allah..

MasyaAllah...tenang jiwa membacanya..


Untuk perkongsian bersama..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Wassalam..

Hi Farah :). Masih bersedih? Akak tak pandai berkata-kata. Akak forwardkan ayat Allah. Pasti lebih mujarab untuk tenangkan Farah.

Al Kahfi (18), Ayat 6

Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran).

Fushilat(41), Ayat 30

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu."

An Nahl(16) Ayat 127

Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.

Al Imran (3) Ayat139

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Sedih sekejap je k.


NO!

I'm not sad anymore

Thanks a lot my dear sister fillah! =)


Wednesday, January 11, 2012

Kerana Kita Pernah Silap



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Luahan hati seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan
sebuah kebenaran HAKIKI menuju redha Mu Ilahi

***************************************************


Perjalanan mencari KEBENARAN ini tidak pernah sia-sia
Usaha mencari kebenaran ini tidak akan sia-sia..

Dalam meniti kembara usia, tempat dan masa,
manusia akan menjadi lebih luas melihat dunia..

Apakah kita akan menyalahkan takdir CINTA NYA
kerana kita pernah SILAP?

Bukankah masih ada masa untuk kembali?
Jika pada ketika itu pintuNya masih terbuka...

Berhenti untuk rasa bersalah dan menyalahkan!
kerana dengan takdirNya juga kita akan memperoleh
KEBENARAN..

Mungkin kita berada di dalam masa yang panjang dan jauh..
atau
masa yang cepat dan ianya dekat
untuk bertemu dengan KEBENARAN HAKIKI itu..

Tiada putus asa!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Namun..
adakah benar penilaian dengan keyakinan BENAR pada KEBENARAN ini?

Aku berdoa pada mu Allah tanpa putus..
Ketetapan hati...
atas KEYAKINAN BENAR pada KEBENARAN ini..


KL CENTRAL, 07 Jan 2012




Sunday, January 8, 2012

Kehidupan adalah suatu permainan?




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanaman yang mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (al-Hadiid: 20)


Hidup ini adalah permainan semata-mata...

Melalaikan?
(betul kan?)

Untuk bermegah-megah?

Nampak kan sekarang? manusia semua nak berkereta besar..nak hidup selesa..nak lebih disanjungi, dihormati dan lain-lain lagi lah.. al hasilnya..semua orang berkejar-kejar mahu jadi KAYA)

Bila sudah berharta dan KAYA...

RM5000 sebulan..ish xcukup2 ni, nak pakai kereta besar..

RM50 000 sebulan..ish xcukup lagi ni..nak beli rumah banglo

RM 500 000 sebulan..mana cukup lagi nie..I nak ada ferrari!

RM 1 000 000 sebulan..nak beli pulau untuk bercuti!

Makin banyak..makin tak cukup kan??

Harta untuk KEBANGGAAN?

dan anak-anak menjadi KEBANGGAAN?

supaya dipandang hebat dan bagus oleh orang sekeliling

Untuk apa semua ini?

Sebagaimana yang Allah analogikan di dalam firman Nya..

seperti hujan yang tanam-tanaman yang mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur..


Seperti kekaguman petani pada tanam tanamannya yang sebenarnya akan hancur..

Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu

Sesungguhnya kesenangan yang kita kejarkan itu adalah kesenangan yang menipu! Kita hanya mengejar kaya untuk kepentingan diri kita..bukan kerana rasa perhambaan kita pada Allah dan tugas kita sebagai Khalifah di bumi Allah..kita hanya mahu kesenangan untuk kepuasan hawa nafsu dek kerana tertipu dengan bisikan-bisikan syaitan..


Ayuh kita muhasabah diri kita...
kalau kaya dan mahukan kekayaan..
biarlah kekayaan kita itu bermanfaat untuk Islam
dan berjuanglah menaik kan Addin ..
jika kita miskin pun,
jangan berputus asa dengan rezeki Allah yang Maha Luas
dan jangan berikan beribu-ribu alasan untuk mengelakkan diri daripada berjuang untuk Islam...







Ayuh berjuang untuk ISLAM!