Wednesday, January 18, 2012

Bersama itu indah 1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah dengan kehendaknya masih mampu bernafas, melihat dunia dengan nikmat penglihatan, masih mampu mendengar bunyi bunyian indah di bumi Allah, masih punya hati untuk merasa pelbagai perasaan..

Sungguh indah bukan??

Nikmat yang tidak ternilai yang sering dilupai..

Namun janji Allah kepada kita yang tidak menggunakan hati, mata dan penglihatan dengan tepat itu adalah NERAKA..


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
Al A'raf:179


Itulah manusia kan..sentiasa lupa jika tidak diingatkan dengan ayat-ayat Nya..

Jika kita bersama-sama sahabat-sahabat yang soleh insyaAllah, kita mampu mengharungi dunia yang fana ini dengan kekuatan..

Alhamdulillah hari ini lebih kurang 4 bulan 10++ hari saya bekerja di Gabungan Wawasan Generasi FELDA sebagai Eksekutif di Jabatan Pendidikan dan Projek Khas.
Berbaki lebih kurang 5 hari untuk berkhidmat di sini..

Quit?

Tak...

Tapi berhijrah demi sebuah harapan yang realistik!

Sedikit potret suka duka yang dicoretkan di laman farahimani..

Mencatat sebuah memori indah perjalanan bersama kawan-kawan di GWGF.







Program pertama yang saya sertai lebih kurang seminggu melaporkan diri. Rumah Terbuka Hari Raya GWGF..

*Gambar 1: Bersama Suhaimi In Team, menjadi artis jemputan yang memeriahkan majlis.
3 daripada kiri staff Puncak Niaga, Liza, K.Husni, Suhaimi In Team, K.farhana, En. Haile

*Gambar 2: Bersama semua staff GWGF (tak dapat nak taip semua. ramai!) =)


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Majikan kami sangat prihatin dan amat menitik beratkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kami diberi training yang sentiasa menjana minda dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjadi insan yang berjaya..


Beruntungkan kami? tak perlu bayar mahal-mahal untuk join slot-slot berbayar di luar..
pssttt..walaupun ada yang merungut kena datang ofis hari cuti..hee..



* Gambar 1: Penerangan daripada Cikgu Sulaiman. Alhamdulillah memang best! =)

*Gambar 2: Ni masa kelas kemahiran berkomunikasi. Yang terlebih senyum tu kak zue..sedih sebab dia dah pindah=( satu jabatan dengan saya yang tak pernah lokek membantu.. miss u sis!


Ok, cukup! insyaAllah sambung nanti... =)

Assalamualaikum wbt..

No comments: