Tuesday, March 17, 2009

Mencari Pengganti Sang Kecewa




Gerak naluri itu yang memanah penjuru-penjuru jiwa, diri tewas melawan deruan bisu yang menyelinap di urat-urat sepi. Sesak menahan kepiluan yang menghentak dada. Menyekat terbangnya cebis-cebis hati di bawa deras angin kencang.


Sang kecewa itu tanda kasih dariNya namun ku pasti kan hadir Sang Gembira, Sang Bahagia dll...


Menadah gerimis sakti andai mampu menjadi penawar.



Hati hamba hanyalah milik Allah, digerakkan hati ini sebagaimana yang dikehendakiNya. Dialah yang mengerakkan hati walaupun hati ini ada pada diri namun tidak mampu disentuh malah hanya Dia yang mampu memegangnya dan Dia jua lah yang memberi kekuatan.



"Hanya Allah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan" Al-Fatihah:5

"Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkannya" At-Tolaaq:3

"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami, benar-benar kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami" Al-Ankabut:69



"Kesabaran itu cahaya"
(riwayat muslim)

5 comments:

Biru said...

Adik, apakah kekecewaan yg melanda awk? Tak pe, mungkin perlu ruang masa untuk perbetulkan semula perasaan dan keadaan. Semoga terus sabar dan sentiasa kuat. =)

Farah Imani said...

>>Biru

insyaAllah...
hidup ini tiada putus asa dan kecewa.
walaupun kdg2 perasaan itu datang tanpa diundang..

apepun..syukran atas kata2 semangat itu..mengharapkan moga hari esok ditemani kecerahan sang suria dan bisa bertemankan sang bulan dan bintang tatkala malam..

sayang akk...

zamry said...

Salam
Minta maaf ye
Rasanya doa, tengok background dan cara dibuat tu, diambil daripada laman web darussyifa.org
Kenapa dibuang sumber asal dia?

Maaf kalau saya salah,deh

Farah Imani said...

>>zamry

salam..

maafkan saya sebenarnya saya ambil picture itu dari sahabat saya..
tidak tahu pula ada kene mengena dengan artikel dr lama web yg saudara katakan..

ehe~tidak mengapa..
saudara, saya dan sesiapa tidak bersalah dan xperlukan kata2 maaf..

selamat berkunjung di laman farahimani saya..

Muhammad said...

Assalamualaikum..masa'al khair..kaifahaluki..enti td msj ana kan..nk tau apa itu ILDAS
Ildas itu..INSTITUT LATIHAN DAN DAKWAH SELANGOR