Saturday, January 2, 2010

Kisah dirimu ikhlas dari hatiku..



Kisah dirimu ikhlas dari hatiku..

SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT



Naz, Mar, Birthday Girl, Tas
Gambar: Januari 2006

Dia yang saya kenali:
+ Dilahirkan di Hospital Kuala Pilah N.Sembilan.
+ Tinggal di Kampung Padang Lebar.
+ Bakal Doktor Sakit Puan Katanya..InsyaAllah. Memang cita-cita dari zaman sekolah lagi.
+ Nampak Pendiam tapi Sebenarnya Banyak Cakap. Kalau berborak mesti tidak sedar sudah berjam-jam.
+ Tindak tanduknya Matang.
+Sering Jadi Tempat Rujukan, bukan sahaja masalah pelajaran malah apa sahaja.
+ Minat Sukan Bola Jaring. Posisi GD.

Perkara yang paling saya rindu dengan Dia:
+ Rindu nak dengar kata-kata dan nasihat dari dia.
+ Sesi luahan perasaan dan matlamat hidup.
+ Batuk kecil-kecilan dia. Macam ngada-ngada je bunyi batuk tu.
+ Main bola jaring. Saya dan dia suka baling bola itu dengan tahap kelajuan yang maksima dan sambut bola tu.
+ Rindu nak study dengan dia. Sebab dia memang cepat menghafal dan dia sedia nak tunggu saya sampai saya dapat hafal. Penyabar betul.
+ Menghabiskan waktu di surau bersamanya.

Kenangan bersama semuanya telah berlalu. Namun kenangan itu masih hidup dan ingin sahaja untuk hidup dalam kenangan itu. Terlalu indah untuk ku kenang. Ya saya akui yang dia antara yang terlalu istimewa. Kadang-kadang hari yang ku lalui di sini sering bayangkan dia ada di sisi.

KHAIRUN NAJWA BT ADNAN

Sahabat..
Tiada hadiah yang lebih ikhlas melainkan doa,
Semalaman aku fikirkan ayat-ayat indah buatmu
Namun hanya kalimah-kalimah kitab kuliah ku
terpaksa ku hadam.
Najwa..
Pernah aku berjanji dalam diri untuk sentiasa ada di sisi untukmu
Namun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita
Ketahuilah yang dalam setiap doaku terlintas sahaja wajah dan namamu
Semoga Allah sentiasa memelihara mu.
Mengurniakan yang terbaik untukmu
Bertabahlah sahabat dalam apa jua keadaan
Bersyukurlah dengan segala nikmatnya.
Najwa..
percayalah pada dirimu
mampu melakukan yang terbaik
Lihatlah bulan itu..
keyakinan yang kau mampu menjadi purnama yang
menerangi buana gelita di malam sepi.







Pertemuan terakhir -Ogos 2008-


Semoga ada peluang dengan izinNya untuk bertemu lagi...






6 comments:

sahabat 21 said...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh farah sahabatku,ukhtiku sayang.. gembira,terharu, sedih.. tm kasih sgt2,the most meaningful beshday wish i've ever had in my life... moga cinta ALLAH sentiasa bersamamu.. hurm, but instead of all those solehah characters(yg xdelah sbnarnya pon sgt..=), inilah jgk sbnrnya najwa yg negative thingking,self-centered,prasan,suka cr pasal ngn bdk llki,cover berlagak,jaga status n banyakla lg sifat2 negatif yg tk dpt nk dsenaraikan semuanya..apapun thanks..sbb masih sudi mlihat yg positif dalam dr ini..wah..huhu..hurm,jd nak mnta maaf,semua salah dan dosa kt yg pasti ada,hak2 sbgai seorg sahabat yg selalu shj x tertunaikan.. rindu,mmg sgt2 rindu zaman kanak2 sekolah dulu,hati2 kita bukan erat krn sama2 suka shopping,suka hiburan,atau sbb sama2 suka main bola jaring,bukan juga sbb sama2 suka mkn megi hujung minggu dlm gelap kt dorm tas,jem atau mar,tp hati2 kt semua diikat ats rasa sama2 nk ke arah kebaikan,mncari erti sebenar hidup ni,sama2 ber usaha mncari makna sbnar mtaati YANG MAHA PENYAYANG,moga2 kita semua ttp jadi sahabat..moga2 persahabatan ni mjadikan kita lebih cinta pada ALLAH,moga persahabatan ni sampai ke jannah ALLAH,amin....uhibbuki fillah ya ukhti tk care..see u soon..love,najwa.

Haniff Ismail said...

Salam ziarah..

wahh..bertuah ye jika bersahabat dgn org yg sentiasa mengingati kita..
bertuah sahabat kamu itu..

apapun ucapan bersama, selamat menyabut hari lahir utk sahabat kamu itu..

Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorg itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata...

Sesunguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu..tapi, sedarilah kita... mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah...
biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara... bersyukurlah dengan kehadirannya...
kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN.

Benarlah kata itu..
bersahabatlah kita dengan orang yg sentiasa mengingati Allah, dan kita adalah orang yg bertuah itu..

wallahu'alam..

sekadar pandangan..

insyaAllah

iman fahri said...

salam akak farah
akak sangat baik hati.teruskan.
ukhwah hasanah hingga akhir hayat.k.ws

Farah Imani said...

Najwa: Shukran Najwa..Dunia semalam banyak mengajar kita untuk menjadi lebih baik.Sahabat itu adalah cerminan kepada sahabatnya. Aku bersahabat kerana Nya. Semoga dengan persahabatan sejati ini menjadikan aku insan hebat di hadapan Nya.. InshaAllah..

InshaAllah pasti akan rezeki pertemuan untuk kita dengan keizinanNya..

Farah Imani said...

>>Akh Haniff:
JazakaAllah atas perkongsian dan pandangan..
Segalanya itu benar belaka..
semoga dapat memberikan tunjuk ajar kepada saya yang lemah ini inshaAllah..

Farah Imani said...

>>Iman Fahri:
Hebatnya iman dah pandai guna laptop papa nie..hehe

Papa iman lagi baik hati ..sekarang mampu berbakti kepada mak dan abah. Sesungguhnya saya amat mencemburuinya..

Untuk ABG IZZ..take care ur family n mak abah. Really miss them. pray 4 me ok..

thanks 4 being da best brother~