"Ketenangan itu bila hati sentiasa ingat kepada Tuhan"
Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 28
Maksudnya :
Orang-orang yang beriman menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu tenteramlah hati.
Orang-orang yang beriman menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu tenteramlah hati.
Assalamualaikum Wbt..
Kita mahukan ketenangan namun ada sahaja resah menyelubungi jiwa.
Dosa yang hitam dan kelam itu yang sering memalitkan kita dengan resah gelisah.
Kita mahukan ketenangan namun ada sahaja resah menyelubungi jiwa.
Dosa yang hitam dan kelam itu yang sering memalitkan kita dengan resah gelisah.
Kerana kita yang sering terpedaya..
Nampaknya ikhlas memperjuangkan islam agama suci.
Semangatnya bagaikan seorang pahlawan bertempur di medan jihad.
Ya Allah..thabatkan hati pejuang-pejuangmu yang berusaha demi agama Nya.
Namun tanpa disedari sebenarnya..
Kita sering terpedaya dengan perhiasan-perhiasan iblis yang mudah menjerumuskan kita dalam kehitaman dosa.
Kata Imam Ibnu Jauzi di dalam kitabnya Talbis Iblis.
"Antara perhiasan iblis terhadap kemungkaran ialah apabila manusia tidak suka kepada seseorang yang melakukan kemungkaran, maka dia akan menceritakan dan mengutuk orang yang melakukan kemungkaran dan melaknat mereka"
Walaupun tanpa kita sedar. Kita sering mengaibkan seseorang itu di hadapan khalayak ramai. Mana tidaknya, lancar sahaja lidah menyebut nama individu tersebut malah sempat lagi menyebut saudara mara untuk mencerahkan lagi siapa si pelaku kemungkaran.
Kisahnya tampak mudah dan indah...
Namun..
Siapakah kita yang layak menghukum dan melaknat seseorang pelaku kemungkaran itu sesuka hati?
Tambah Imam Ibnu Al Jauzi..
" Boleh jadi kaum itu telah bertaubat dan menjadi lebih baik daripadanya kerana mereka menyesal sedangkan dia (orang yang mengutuk dan melaknat) dengan sifat takabburnya. Termasuk dalam perbahasan ini ialah mendedahkan kecacatan muslimin kerana dia memberitahu orang tentangnya. Menutup keaiban seorang muslim itu adalah wajib walau apa keadaan sekalipun"
Kita perlu menjadi pejuang yang gagah melangkah berani di medan penuh tipu daya.
Ini tipu daya iblis yang sering mengaburi keikhlasan pejuang-pejuang agama Nya.
Jangankan kerana kepetahan berbicara menjadikan kita tergelincir pada batas yang sebenarnya. Lantas menjadikan kita terbelenggu dalam dosa.
Perbanyakkanlah muhasabah dan memohon keampuanan daripada Allah.
Sekadar peringatan buat diri dan sahabat-sahabat semua.
Wallahu ta3ala a3lam.
6 comments:
As'salamualaikum , terima kasih . Info yang bagus apatahlagi dengan keadaan dunia masa kini . Sering kali kita dengar terutama anak-anak muda sekarang seperti menjadi kebiasaan dalam mengeluarkan kata-kata yang kesat dan mereka menganggap sebagai gurauan tetapi sebenarnya itu gurauan yang bagi saya boleh dikategorikan tahap kritikal . Hm , setiap manusia itu boleh berubah dan dengan berdoa serta berusaha untuk mengubah diri sendiri menjadi yang baik itu adalah salah satu perkara yang mulia . Nasihat bagi diri saya juga , tak lari dari melakukan kesalahan yang kita sendiri fikir ia hanya hal yang remeh-temeh padahal hal sekecil itulah boleh menjadikan bertambahnya dosa . Bukan ingin saya katakan keburukan orang lain , saya juga seperti manusia dan remaja lain yang kadang-kadang terlepas cakap jadi sama-sama kita muhasabah diri kita dengan berhati-hati dalam berkata-kata .Lebih baik berdiam diri dari berkata takut tersalah kita kita merana . Semoga Allah merahmati kita semya . Walahualam .
terbaik kak!! 10thumbs up.
kita bleh lihat bende2 ni blku dalam drama2 melayu
apabila ustaz2 speak louder than action & mula mencaci maki org yg sepatotnya die dakwah.......
:) thx sis!!
Ustazah, mohon izin disiarkan di Portal APIS dengan sedikit suntingan.
=)
Bella: Ameen..Shukran jazilan dear atas catatan awak di laman farahimani ini:) Saya sangat bersetuju dengan apa yang awak katakan. Apapun manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan. Semoga kita tidak berputus asa dengan rahmat keampunan Allah..
Jazakillahu khaer sis:)
Naeilah: Hehe..Comel la awak ni..
Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaatkan kepada orang mukmin..
Naei tegurlah akk kalau akk ada buat silap..
Tiada manusia yang sempurna kan :)...
Ustaz Ikhwan: shukran atas kesudian singgah dan membaca catatan dhoif di laman saya ini.
InshaAllah ustaz akan saya usahakan..:)
Post a Comment