Apa khabar jiwa-jiwa yang yang sedang menikmati hidup?
Semoga Allah kurniakan kita keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan.
Ada jiwa yang leka tersenyum hari ini.
Sampai ada yang tertanya-tanya mengapa asyik sahaja si dia itu tersenyum.
Sebenarnya..
Alhamdulillah jiwa ini sangat gembira bilamana mendapat berita adik-adik junior di Morocco berjaya di dalam peperiksaan semester ke 3.
Shukran Jazilan Naeilah yang bersusah payah menaip emel untuk saya.
Tahniah saya ucapkan dan jangan berhenti berusaha ya adik-adik. Jangan lupa sujud syukur.
Tingkatkan prestasi dan teruskan tradisi study group dengan kawan-kawan arab.
Berusahalah sehabis baik untuk diri, insan-insan tersayang dan yang paling penting untuk Islam.
Tunjukkan contoh yang baik untuk adik-adik junior.
Pada angin bayu ku sampaikan salam sayang dan setinggi-tinggi tahniah buat semua... Walaupun antunna jauh tapi ketahuilah.. sentiasa dekat di hati ini..
Bila rindu itu datang, saya tak akan sedih lagi..
Sebab saya belajar untuk terus tersenyum..
Belajar menikmati hidup sementara yang Allah kurniakan tanpa mempersiakannya.
Untuk Naeilah Sayang...
Maafkan saya sebab tersalah taip nama awak:) Ni gambar masa kita main salji. Pengalaman kali pertama saya masuk balai polis bersama antunna semua. Masih segar diingatan tingkah keterujaan naei dan semua ketika lebatnya salji turun. Indah untuk dikenang..
Untuk Izzaty Sayang...
Gambar masa kita sama-sama masuk pertandingan tajwid di universiti. Kali pertama Ayyam Thaqafi universiti bersama-sama adik-adik junior. Saya tak ada gambar yang sesuai di dapur ketika kita sama-sama memasak. Walaupun nampaknya semakin banyak kek yang cantik-cantik yang antunna hasilkan selepas ketiadaan saya, tapi bagi saya kueh talam pisang awak lah yang paling cantik:)
Last but not least..
Untuk Aini Sayang..
Gambar ni, adalah kali pertama antunna jejakkan kaki di Masjid Hassan Thani kan. Kali pertama saya membawa adik-adik junior jalan-jalan menaiki bas raqam 60. Masa itu dalam hati, saya yakin yang antunna akan lebih mahir dengan tempat-tempat di Casablanca dan menjadi lebih berani untuk berdikari di tempat orang.
Kini...
Kehidupan baru saya sebagai sukarelawan dakwah, di Pejabat Agama Islam Daerah Jempol..Jangan lupakan saya dalam setiap doa antunna semua..
Oh Angin lalu..sampaikan salam rindu ini:)
2 comments:
salam..kak farah,rindunya kat akk...moga ukhwah kita semua takkan pernah putus,,,
tp kn..gmbr sy cm buruk ckit..hhahaa..
syukran kak farah....
salam,,,,
tiupan angin menderu-deru,sesekali menampar pipiku yg halus mulus lg gebu huhu...musim bunga bakal menjelma tak lama lagi,musim sejuk pula sedang melangkah pergi,sesaat aq terpaku menikmati keindahan ciptaan Illahi,terbayang-bayang wajah seseorang yang tidak asing dalam kamus hidupku,aq selami satu perasaan aneh dalam hatiku dan aq dapati bahawa aq sangat merindukan kamu...
Post a Comment