Wednesday, March 4, 2009

"Masa hidupku hanyalah pada hari ini".

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Hidup ini satu perjuangan .... sentiasa dan selamanya....selagi bernafas dengan izinnya selagi itu perjuangan perlu diteruskan...

Alhamdulillah wa insyaallah muhasabah apa yang telah berlalu perlu diambil berat dalam memperbaiki diri dan istiqamah..

Semoga Allah melapangkan hati yang kecil ini dalam perjuangan dalam membawa risalah Ar-Rasul...masih banyak yang perlu ku pelajari dari tinta pengalaman dan kehidupan ... berhikmah dalam menyampai maksud...moga Allah permudahkan segalanya ...insyaallah ..


Bersemangat!!


Apabila kita berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, kita tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.



Hari yang saat ini mataharinya menyinari kita, dan siangnya menyapa kita, membuat kita mampu memandang alam sekitar. Itulah hari kita, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup kita hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan kita dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.


Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan kita, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.


Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti kita untuk satu hari sahaja. Dan pada hari inilah kita harus bertekad mempersembahkan kualiti solat kita yang paling khusyu', membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, perhatikan terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.


Untuk hari ini, kita harus mulai membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu; memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari pelbagai dosa yang telah dilakukan, mengingati Tuhan dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh (mengharapNya). Dengan demikian hidup kita pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram serta menerima rezeki..adik-beradik, ibu bapa, tugas-tugas dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur..


Seandainya kita percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat, kita akan dapat menundukkan diri kita untuk berpegang pada prinsip; "Masa hidupku hanyalah pada hari ini".


Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri kita setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan kita...
Kita hanya INSAN lemah menumpang di sudut dunia yang sentiasa mengharap redha dan rahmat dari Allah..

~Sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa POSITIF dalam apa jua keadaan..

~Muhasabah dan motivasi ini ku tujukan untuk diri yang ini yang sedang dilanda rindu (mak+abah) dan juga mereka yang sudi membaca..


Wallahu a3lam...

Pendamba RedhaNya~

~Aku Merinduimu

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
Hanya yang mampu untuk ku lafazkan
Aku merinduimu....

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada di sisi
Bergenang air mataku
Bila terkenangkan wajahmu.....

Ayah ibu dari jauh ku pohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu ku ingat selalu
Tersemat dikalbu ....

Oh tuhan .....
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan redha Mu
Moga ku jejaki Tempat yang dituju.....


aku merinduimu - devotees

2 comments:

خديجة خليلة said...

kita bukan hidup utk selama-lanya dan kita bukan mati pd esoknya. segalanya adalah rahsia, kecapilah kegembiraan hidup melalui kebahagian yg akn diperoleh di akhirat kelak. teruskan menulis =)

Farah Imani said...

>> Biru
terima kasih kak biru ;P
doakan saya kuat mcm akk..
teruskan kehidupan dengan senyuman..
senyuman yang akan sentiasa membawa kepada kebahagian.